Tuesday, 16 December 2008
Conan the Chihuahua
Di kuil Buddha Zen di selatan Jepun, Conan the chihuahua iaitu seekor anjing berusia 1.4 tahun telah berdoa bersama-sama dengan tuannya, Pendeta Joei Yoshikuni. Conan meniru gerak-geri tuannya semasa berdoa. Conan mengikut tuannya berdoa setiap hari di kuil yang terletak di Naha, Okinawa. Hanya memerlukan beberapa hari untuk belajar, kini Conan telah menjadi buah mulut warga kota itu. Semasa berdoa, Conan duduk bersila dan membongkok ke arah altar. “Berita tersebar dan kami menerima lebih ramai pelancong,” kata Yoshikuni,. Pendeta Joei Yoshikuni mengatakan,
selama ini Conan selalu mengikut dirinya berdoa di kuil itu. “Saya fikir Conan terbiasa melihat saya berdoa dan kemudian tergerak mengikut gerak-gerik saya,” kata Yoshikuni dan mengatakan bahawa Conan kini sedang dicuba untuk belajar bermeditasi.
*cuba korang imagine'kan bagaimana cara conan bermeditasi..kalo conan duduk cara manusia..censored lerr..kuikuikuii^_^okies...
Labels:
Unbelievable
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment