Wednesday 29 September 2010

I can't sleep!!

i'm tired but i can't sleep until now!!

DIGI ... SPONGEBOB!!  


 petang tadi saya ikut MSU 5KM Simply Run n'  i did it  around 42min :D  maybe tu kot letih..)-*
btw i really love running!! i will run to you!!.hehe


Monday 27 September 2010

McDonald's Olympic Day Run 2010

hey all..;p

Buat pengetahuan semua, aku menyertai MSU Athletic Club(runner) bukan untuk menjadi aktif lari sana sini tetapi hanya sekadar untuk jogging secara teratur dan dapat "gems" sebagai syarat untuk graduate dari msu at least kena join dua buah kelab or persatuan....hehe(tak ikhlas betul!..) tetapi,  sekarang semuanya telah berubah.... running is my passion and i do enjoy running....!!:D.. lari tak la selaju mana..tapi kepuasan tetap ada setelah berjaya menghabiskan setiap larian..;p..^_*

Ahad lepas(26/09/2010) merupakan Mcd Olympic Day Run 2010 sejauh 7KM.. aku dan members atlit lain serta beribu-ribu orang lagi menyertai larian ini....Tempat bagi acara Mcd run ini ialah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.....larian dimulakan seawal 7.30am. Lautan manusia membanjiri jalan-jalan raya sekitar KL pada pagi ahad tersebut...Aku lari fun fun run tapi serious juga la..sekali sekala ada pancit then sambung balik lari..hehe..Akhirnya aku berjaya menghabiskan 7KM larian selama 55minutes only!!(entah tempat ke berapa ratus aku pun tak tahu..kira-kira bahagian tengah atau sikit ke depan la aku....;p) sungguh aku gembira even tho tak dapat medal tapi dapat juga baju and sijil "Olympic Day Run 2010"...

aku bersama kawan aku si Rosyatilla merangkap "alarm" aku bangun untuk bersiap-siap sebab kena awal turun bagi persediaan lari.(seawal 4am..hmm): Kami bertolak dari rumah jam 5.30am...hari masih lagi gelap..(my lucky number-B2710!! & yellow colour) aku bukan peminat kuning!

muka kepuasan!!!...Rose berjaya menghabiskan larian dalam masa 53minutes iaitu 2 minit awal dari aku(55minutes) sahaja..tapi aku tetap rasa "kekembangan otot hidung" tanda salute dgn diri sendiri..pewitt..haha...winning or losing is belakang kira yang penting corak permainan kita..betul tak??;phehe


sempat lagi!!!(0)_(0) haha bersama kakak 'runner-senior';p!! (medal??? hehe)

cantik background!!..:)nak tunjuk sijil..hehe

 girl runners-msu!

ini kami..MSU+PTPL+UITM!!..we are ONE ----WE ARE THE CHAMPION!!


snap ala-ala Tugu Negara....Kami Boleh!!! Mcd Sedap!!..hehe

cool runners!!!

Congrats to all runners...peace!!^^

Open House rumah Kami

Pertama sekali aku dan housemates aku yang lain ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi datang makan di open house kami yang ala kadar gitu. :) Open House untuk rumah kami ini memang dirancang awal sebelum raya sebagai merasmikan rumah sewa baru kami serta ucapan terima kasih kami kepada semua yang sudah membantu mengangkat barang semasa process pindah rumah sebulan yang lepas iaitu awal bulan puasa...(terutama members css msuptplpoli..thank you very much!!)

kami semua bersetuju untuk membuat open house ini pada hari Jumaat(24/09/10) dan mula pukul 7.30pm..ada kawan2 tanya kenapa tak buat hujung minggu? Masalahnya, hujung minggu masing-masing ada activity yang tidak boleh dielakkan, pastu nak buat minggu depan MSU dah nak final exam..so, hari yang paling sesuai adalah hari jumaat haritu..itu pun busy dengan kelas sampai petang..bayangkan macam mana nak prepare untuk open house lagi..adoiiyaii!!..di sebalik segalanya ini..banyak benda yang lucu kami lakukan... bayangkan ramai kawan-kawan sudah di invite melalui Facebook tetapi menu serta persediaan untuk open house langsung belum ada...akhirnya segalanya kami mulakan 2jam sebelum open house mula...kami just order bihun dan mee sahaja daripada luar..menu lain semuanya kami masak sendiri..^^

process 


kebanyakkan kami serumah habis kelas 3.30pm then masing-masing bahagi tugas nak buat apa. Aku bersama 2 lagi housemats aku dapat "contract" membeli bahan-bahan masakan serta barang keperluan untuk open house di tesco...membeli sambil berlari...semuanya kena cepat sebab dah tak cukup masa..then balik rumah kira2 nak dekat 4.30pm..itupun belum mula apa2 lagi sebab sibuk cari pisau untuk potong ayam...pukul lima barulah segalanya bermula...mengemas ruang tamu,menggoreng, masak air, dan segalanya busy yg penting still lagi dlm proces memotong ayam 3 ekor..adoyaii...akhirnya kami siap memasak semua lebih kurang dalam pukul 7.15pm...siap message kawan-kawan lagi supaya datang lambat sedikit sebab kami semua belum siapkan diri dulu..:D...(pakai baju raya..;p)

inilah suasana semasa open house kami..;))


Ramai kawan-kawan mula datang rumah dalam pukul 8.00pm...kami betul-betul tak sangka yang datang seramai ini sampaikan sebab yang "attending" di facebook hanya beberapa puluh orang sahaja tetapi syukur ramai yang sudi datang rumah kami. Ada yang kena makan sambil berdiri coz tak ada tempat nak duduk...ini tak termasuk kawan-kawan yang duduk kat luar rumah..lagipun suasana yang berdiri kat hujung tu ibarat sauna sebab tak ada kipas bahagian tu..apa-apapun thanks korang semua...makan kenyang sambil fun fun..heee;p(sori..kekurangan kipas..;p)

walaupun berdiri senyum je...heee


inilah kami ada ice cream Malaysia untuk semua!!!..(tak sia-sia aku buat ice cream tu beratus-ratus sampai 4am!!..ramai yang suka ice cream malaysia sebab jarang jumpa kot sekarang ..)

inilah model ice cream malaysia!!....semua jemputan dapat merasai ice cream ini siap ada yang minta tapau ice cream lagi masa nak balik.(perisa milo & blackcurrant)

tak sedar..terlampau "menikmati" ice cream malaysia..hehe

Inilah kami bersama owner rumah(tudung kuning belakang Afif iaitu budak lelaki memakai kurta-anak)

Belakang: kak Liza, Naza,Nisa-Depan: aciapai,Afif,Cua,Hani

Housemates
^^

Friday 24 September 2010

Tak dapat meng'google Facebook???


hehe saje je letak tajuk seperti kat atas tu..(sekali sekala je ;p)..tapi kebenarannya memang aku tak dapat nak berFB selama setengah jam.. sebelum ni sekejap je Facebook "berubat" tapi entah kenapa awal pagi ni Facebook lambat  nak normal balik...-maybe Facebook nak terima "lebih rawatan" la kot sebab letih digunakan oleh insan kaki Pesbuk!..FB je kerja..!!okeh macam kamu..kamu and kamu--mukabuku!..

click to enlarge
*
*
*
selepas beberapa kali reload da laptop inilah jadinya....


*zzerxer just Add & approve-friend request dari orang yang dikenali sahaja..so, kepada kawan-kawan yang lama tak berjumpa dan ingin add as friend serta kawan2 yang mempunyai nama FB yang agak unik sila-silakanlah msg takut aku ter'ignore.. peace!0y0--.."aciapai" xda pesbuk...tapi saya ada...^^


Wednesday 22 September 2010

Ice Cream Malaysia


akhirnya keinginan untuk aku menikmati ice cream malaysia tercapai..;p.....berjaya juga aku "membikin ini ice cream"..btw terima kasih untuk housemates ku yang sudi merasa ice cream malaytsia buatan tanganku..heee (nasib baik aku sempat merasa satu je ice cream perisa milo, nyaris2 aku tak dapat^^....laku juga..hehe :D)

di bawah inilah "rupa" ice cream yang aku buat..-perisa sunquick ngan milo-..


bahan-bahan yang diperlukan seperti di atas..
*kena bancuh manis-manis dan pastikan guna air yang dimasak supaya ice cream tidak terlampau 'keras'...hehe sedikit petua dikongsi bersama..;p



diwaktu malam nan sunyi..aku membuat ice cream seorang diri...nasib baik ada yang sudi, mensnap' photoku yang tengah busy.....hihihi...;p



rupa ice cream malaysia sebelum beku..



hehe sempat juga snap pic time nih..aduyaii..(cepat je ice cream menjadi kat dalam peti sejuk beku ni..tq peti sejuk kesayangan kami..;p)



disinilah tempat "mereka" dibaringkan..hmmm;)
*
*
*
*
keesokan hari...ice cream malaysia sempurna..;p

this is mine!!;p

mmmm!!! sejuk hatiku..hehe


Tuesday 21 September 2010

Beraya ke Rumah kawan



Selamat Hari Raya sekali lagi kepada semua...

mood raya masih lagi dirasai walaupun dah habis cuti raya..sekarang busy buat persediaan untuk menghadapi final exam tak lama lagi...(lebih kurang dua minggu la untuk kami final)...apa-apapun aku sempat bersama-sama geng aku, anas & ayu beraya ke rumah kawan kami, si Khaidir kat Selayang(tempat selalu beraya).. itupun tanpa dirancang setelah boring2 di rumah (tak sempat si khaidir sediakan makanan sedap2..haiz..)...nak dijadikan cerita, on the way pergi ke rumah si Khaidir ni, tiba-tiba "pemandu" kami, miss Ayu sesat jalan (last datang situ time beraya 2009 itupun kawan kami yang lain bawa kereta, lupa dah jalan hehe..*) ...habis KL kena pusing gara-gara nak cari jalan Kuching, then cari jalan pergi Batu Caves serta jalan-jalan seterusnya untuk sampai ke rumah dia kat Selayang...(nasib baik la telefon si anas ada credit..kalau tidak,hmm bye2 la raya..;)..

Disebabkan confuse nak cari arah jalan, ramai pemandu-pemandu kereta "menghon" kereta kami. Salah belok sikit hon,,tak salah pun hon, dah lah memang tengah "hot" sebab sesat jalan tambah pulak dengan bunyi hon lagilah "hot" sampaikan si Ayu geram dia pernah buka tingkap then menjerit kat kereta belakang, sama ada kereta belakang tu dengar ke tidak aku pun tak tahu? Yang pasti kami gelak dalam kereta sebab kalau fikir secara logik..mana ada orang belakang boleh dengar kalau tutup tingkap kereta?..marah free je..marah kat angin lalu la kot!..hehe;p lagipun, kadang kala sempat juga la si Ayu membuat U-turn maut..bayangkan kami bergerak dalam arah bertentangan di jalan sehala sepanjang lebih kurang dalam 100m..(tak dapat aku bayangkan time tu kalau tiba-tiba lori datang dari depan..ouchhh!!..minta disimpangkanlah...amen!)....nasib baik la tak terserempak dengan Pak Polis Traffic masa tu!!..kalau tidak...huh..gerenti status "P" kena gantungs!!..huhu..minta ampun pak Polisi..ini pengakuan, kami tak buat lagi..(ye keww??*_^)..kita tunggu dan lihat..okies....renung-renungkan..selamat melihat gambar..hehe..;p


khaidir mokhtar

si Khaidir dengan jug air Sarsi buatannya...... tq2
(tak rugi ko buat air untuk kami keidir..habis satu jug kami "kerjakan"-verry de'haus..;p)



dimana ada kuih raya disitu ada kami...:D
p/s kami suka big sunglasses!
*glass'geous-glamorous-mencacoss-keropos lekorsss mmm!! hehe



"inilah hasil kerja keras kami makan.."....sudah jelas tak payah bersuluh...kami memang kuat makan..hehe



Bergambar bersama khaidir dan dua orang anak buahnya yang malu-malu kucing..elelele :D (ada pokok mangga sebelah rumah..rasa nak petik je..heee)


sedap mata memandang... *lemang!!..nyumnyum!!
*
*
*
perhentian seterusnya tanpa dirancang...rumah Naza


makan lagi!!...sampai disini pun kami dihidangkan dengan air sarsi,kuih muih dan mee goreng yang sedap resepi mak Naza....mee tu digoreng sejurus kami sampai....(seminggu lepas raya kot mane la nak jumpa ketupat..hehe..)..apa-apapun mee tu menyebabkan kami terover-doss kenyang sebab sedap nak tambah je kerja...tak tersedar perut dah "terbuncit"..haha..ter..ter apalagi ek??..dan yang paling happy kami dapat duit raya diberi oleh mak Naza..tima kasih mak cik..dapat ganti duit minyak keta..hehe..*_^



**tahun depan sediakan makanan sedap-sedap yea Khaidir and Naza..keke setahun awal tempah;p"

Thursday 16 September 2010

Happy Malaysia Day!!

16 SEPTEMBER merupakan tarikh pembentukkan MALAYSIA....sejujurnya sebagai seorang Sarawakian,tarikh inilah yang aku anggap sebagai tarikh kemerdekaan sebenar Malaysia walaupun sedia maklum bahawa 31 August merupakan tarikh sambutan rasmi kemerdekaan negara....apa-apapun semoga Malaysia terus kekal makmur dan maju..hargailahh apa yang kita ada sekarang...btw NO HARD FEELING la yerr..(ikhlas dari hatiku.. :P)

disini juga aku ingin memberitahu semua kawan-kawan CSS aku yang semalam aku sangat "enjoy" bersama-sama mereka..semoga persahabatan antara kita semua berkekalan..amen..!


CSS BBQ in conjunction with MALAYSIA DAY (47th Malaysia Day Celebration)


Inilah KAMI..:)






Tuesday 7 September 2010

Selamat Hari Raya Semua!!


SALAM SEMUA!!

disini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kawan-kawan, cikgu-cikgu, lecturers serta pembaca blog aciapai dan juga rakan bloggers di luar sana yang meraikan hari raya aidilfitri, selamat beraya semua!!...semoga bergembira di hari raya dan berhati-hati di jalan raya, jangan sampai terjumpa hantu raya..bahaya!! sila cek dulu moto atau kereta anda sebelum mulakan perjalanan..;P


*kepada best prens gue, jangan lupa bawa kuih raya bila dah abih cuti nanti yea...
(bersedialah, kami nak datang beraya nih!!...hehe..)


Monday 6 September 2010

Kami n' library.. ;)

Hari ini di MSU-library....

tension dengan project ubs, akhirnya ini yang kami buat pica:D!!




inilah dia salah satu entry terpendek aku -tq-...My Life, My stadi..^^

Saturday 4 September 2010

Bubur "Pulp Pink-RinLin"....^^


haluuu....asperegossss buburss mencacoss...!!...

akhirnya dapat juga aku merasa bubur kesukaan buatan sendiri kat rumah.....oppss pembetulan, aku just buat "bulat-bulat" pink tu je....Segala process membancuh dan mengadun dilakukan oleh girlfriend aku, si Anastasia.....heeee :)


PULP PINK-RINLIN


Inilah dia rupa special "Pulp Pink RinLin"....(keenakannya lebih terasa bila dicampur ais!).. tak percaya??..cubalah makan diwaktu berbuka puasa mmmm....yummmy!!




Inilah dia rupa bubur "Pulp Pink RinLin" setelah masak bersama kuah santan..:P (banyak kitaorang masak... pic atas ini pun diambil setelah kami makan dan bungkus untuk kawan kat rumah lain!..yang ada kat rumah time ni just kami berdua mana larat nak makan setengah periuk bubur!!...sharing is caring..;p)



haha...itulah dia "aksi" aku bersama si girlfriendku, Anastasia makan bubur resepi buatan sendiri..;P


Kalau nak tahu bahan-bahan yang kami gunakan ialah : santan, tepung pulut,pewarna merah, gula & air putih

Cara-cara membuatnya pula:

  • Bancuh tepung pulut dengan sedikit air, pastikan adunan tidak terlampau cair supaya mudah dibentuk, tambahkan gula dan pewarna then gaul sebati, bila sudah sebati bentukkan bulat-bulat...
  • Panaskan air di periuk yang sesuai...bila air dah terasa suam-suam kuku, masukkan setiap doh yang bulat2 tadi ke dalam periuk....setelah itu tunggu sehingga ianya timbul di permukaan(masak) then ambil dan letakkan di mangkuk lain..
  • Setelah semuanya masak, masukkan pati santan bersama-sama isi bubur yang telah masak ke dalam periuk berisi air yang digunakan untuk merebus sebentar tadi...keep menggaul supaya santan tak pecah.....*campurkan gula mengikut citarasa sendiri :) setelah semuanya nampak sebati dan kuah santan masak...tutup api....sedia untuk dihidang (=^^=)
  • Campurkan "Pulp Pink-RinLin" dengan beberapa ketulan ais di mangkuk hidangan... (nak habis cepat, makanlah bila tengah kehausan..) hehe..mmmmm!!!

Okies...Selamat Mencuba!!

*RinLin=Anastasia Rin & Madeline

Senaman Lidah...



Banyak-banyak "tongue twisters"...yang di bawah ini yang paling aku susah nak sebut..... (ini pun aku nak bagitau juga kew..hehe..)
  • Red lorry, yellow lorry, yellow lorry, red lorry!!

Bagi sesiapa yang nak mencabar keupayaan diri bolehlah melayari 1st International Collection of Tongue Twisters....banyak koleksi "tongue twisters" dari pelbagai bahasa ada disitu..;p!...at least aku bagi infomation juga la kan..hehe ;D

Penangkapan Hantu Penanggal/Balan-balan


Video penanggapan Hantu Penanggal atau Balan-balan ini aku dapat di "wall" FB aku....(tagged by anastasia)... seram juga la bila tengok muka-kepala benda nih....apalagi time tengok kepala itu bergerak-gerak...adoii sampai sekarang pun aku terimaginekan "benda tu" berada di depan mata!..ntah-ntah tengah tengok aku blogging kot!!..huhu...ok la terasa lain macam pula sekarang..hoho...($0_0$)-- p/s: aku bukanlah penakut tetapi kurang berani je..^^



Bagi sesiapa yang tahu dimana video ini diambil atau dirakam....rajin-rajinlah mengomen yea..kalau nak sharing pasal hantu Penanggal ini pun silakanlah....;p


Thursday 2 September 2010

Kucing marahkan pasangannya yang Curang!

lawak hahaha!!

kucing betina marah tahap dewa terhadap pasangannya kerana berlaku curang tanpa menghiraukan dirinya..(haha gelak je aku baca bahasa kucing tu..;p)




JUST FOR FUN :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...