Monday 30 November 2015

Tingkatkan Nilai Positif Dalam Diri Anda


Holla!

Sebelum November 2015 melabuhkan tirai, saya ingin "mereply" whatsapp si kawan dalam ruangan blog saya ini. Lama dah soalan ni tak berjawab. So, hari ini terfikir untuk menulis entry blog jadi ada la modal untuk ditulis :D . Maybe terkeluar topik sikit, tapi yang pasti intipati entry kali ni menjurus kepada nasihat ikhlas dari saya yang tak seberapa. Andai tersalah kata terlanjur bicara, maafkanlah diri ini okay.. see ya :p



Buat si kawan dan pembaca lainnya,

Setiap orang dari kita mempunyai keistemewaan masing-masing. Tiada siapa pun yang dilahirkan "perfect" dari segala hal. Kita harus menerima segala ketidaksempurnaan dalam diri kita dengan ikhlas. Jika kita ikhlas dengan diri kita sendiri, bersyukur dengan segala benda yang kita perolehi, nescaya itu akan membuatkan kita lebih tenang menjalani kehidupan seharian. Biasakan diri untuk bersyukur. Jangan mudah membandingkan diri kita dengan orang lain. Mereka hebat kerana kita merasakan mereka hebat. Mereka cantik kerana kita yang menilai mereka cantik. Tidak semua yang cantik itu indah, dan tidak semua yang kurang itu hodoh. Bila kita kerap membuat perbandingan diri kita dengan orang lain, tanpa sedar kita telah merendahkan kualiti diri kita sendiri. Walaupun kita tidak menyatakannya secara zahir, tetapi hakikatnya kita sendiri yang merasakan apa yang kita rasa. Contoh yang paling dekat ialah keyakinan terhadap fizikal diri kita sendiri. Ada sesetengah orang tidak confident berdepan dengan orang ramai hanya kerana muka berjerawat. Ada juga mudah merasa "down" kerana berat badan meningkat. Bila sentuh bab putus cinta pulak, kebanyakan mangsa yang ditinggalkan oleh pasangannya selalu berfikir dirinya "kekurangan". Semua ini ialah contoh yang boleh memberi aura negative dalam diri. Latih diri kita untuk menjadi positif okay. :)

Walaupun kita tidak "seperfect" insan lain; kita gemuk, kita keping, kita rendah, kita kurang upaya, kita itu, kita ini, kita tetap kita. Jangan paksa diri memenuhi keinginan orang lain. Jangan juga paksa orang mencintai kita kerana cinta itu sesuatu yang subjektif. Belajar untuk pasrah dalam kehidupan. Pasrah bukan bererti kita mengalah dan mengalah itu bukan bermaksud kita kalah. (pinjam ayat drama jap). Fikir. Fikir positif. Tingkatkan mutu diri kita. Jangan kerana seseorang itu ingin kita nampak cantik, handsome, macho bergaya, berfesyen tip top, kurus, slim, ramping, kita tanpa teragak-agak menukar identiti kita. Kita paksa diri kita untuk mengejar kesempurnaan demi memenangi cinta orang lain. Kita seksa diri kita. Jangan teruskan. Biarlah kita berubah atas dasar diri kita sendiri. Setkan dalam diri kita, "Saya nak kurus, bukan sebab dia tapi sebab saya nak bertambah cantik dan sihat. Saya akan buktikan yang saya pun boleh kurus." "Saya nak pakai baju ni, jubah tu, dress ni..bla bla..sebab saya nak nampak cantik dan selesa." Perubahan tanpa paksaan tidak akan melahirkan tekanan melainkan semangat diri. Semua itu datang dari diri kita sendiri. Dan perlu beringat juga, jangan mudah meletakkan pengharapan pada sesuatu yang belum pasti atau pada sesiapapun kerana pengharapan akan mengundang kekecewaan seandainya apa yang kita harapkan itu tidak diperoleh atau tidak menjadi. Akhirnya nanti siapa yang makan hati? Tiada siapa melainkan diri kita sendiri juga. Jadi, jika kita ingin memberi, berilah secara ikhlas  tanpa mengharapkan balasan dan jangan juga amalkan sikap suka mengungkit. Terkadang, bila kita marah atau tak puas hati dengan seseorang, kita mudah mengungkit kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap dia. Kita menyesal berbuat baik padanya. Marah masih tak hilang, kita kondemkan dia sampai hati kita puas. Tapi puaskah hati kita? Kita dapat apa? Kita dapat apa kalau kita suka mengungkit atau burukkan orang lain? Kita tak dapat apa-apa malah kita boleh hilang banyak perkara. Jadi sebelum menyesal elok kita berfikir sedalam-dalamnya. Jika kita merasakan banyak negatif dari positif, elok kita berdiam diri sahaja. Nilai baik buruk kita. Jangan mudah berbangga dengan setiap kebaikan yang pernah kita lakukan. Jaga tutur kata kita. Semaikan nilai rendah hati iaitu nilai yang sering memposisikan diri sama seperti orang lain dan tidak melebih-lebih. Dan elakkan juga sikap terlampau rendah diri kerana sikap tersebut boleh menunjukkan seseorang itu tidak percaya akan potensi dirinya sendiri. Orang yang selalu rendah diri akan merasakan "kualiti" dirinya lebih rendah dari orang lain. Apa-apapun, tiada siapa yang sempurna. Terimalah kekurangan diri kita seadanya dan jangan pernah menjadikan ketidak-sempurnaa dalam diri kita itu sebagai alasan untuk gagal tetapi jadikanlah setiap kegagalan itu sebagai pendidik dalam kehidupan kita. Jangan mengejar kesempurnaan tetapi kejarlah kejayaan. Kita boleh berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam jika kita menginkannya kerana hanya kita yang mampu mengubah diri kita dan bukan orang lain. Setiap dari kita mempunyai kelebihan masing-masing. Bila kita menginginkan kehidupan seperti orang lain, selalu membandingkan diri kita dengan orang lain, jadi orang lain, sampai bila-bila pun kita tidak akan menikmati kehidupan kita yang sebenar. 

Orang yang hebat ialah bukan orang yang "perfect" dari segala segi tetapi orang hebat ialah orang yang boleh menerima dan mencintai ketidaksempurnaan dirinya serta orang lain dengan sempurna. Sekian, terima kasih :)



Ikhlas,
imperfect me


Tuesday 10 November 2015

Happy Deepavali 2015



Image result for happy deepavali funny quotes
HAPPY DEEPAVALI TO ALL OF MY FRIENDS!!!!!!

Diyon ki roshni se jhilmilata aangan ho, Patakhon ki goonjo se aasman roshan ho, Aisi aaye jhoom ke yeh diwali,
Har taraf kushiyon ka mausam ho……!!!!  


hashtagsayatakpahamsepatahpuntapisayapahamdeepavaliialahfestivaloflightsemuahappy.

Wednesday 4 November 2015

Bz


Dear my dearest blog,

Saya hanya singgah sebentar.
Busy. Anyway, thanks october and hye November.

Ok blog, nanti kita bermanja lagi ok.

xoxo
me myself.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...