Saturday 31 July 2010

Study - Exam !


2/8/2010 till 6/8/2010 exam!! back to basic....STUDY - yess!!..

emm apa itu FACEBOOK??
aku akan cuba try buka "buku tanpa muka" dalam masa seminggu.. heeee ;)
-hopefully i will do good in my exam..okies *_^^

jumpa lagi nanti.. & wish me chayyok-chaiyok!!!..;) t_t

GOOD LUCK EVERYONE!! (msu students)

*buku tanpa muka=facebook

Wednesday 28 July 2010

UBS Accounting Project

minggu ni baru dapat tugasan untuk project UBS..then minggu depan mid term exam...:(sigh)




Objective utama project ini adalah menukar serta upgrade transaksi perniagaan manual atau "business organization manual accounting procedure" kepada computerized accounting system...iaitu menggunakan system UBS ....

Project ini just nak dua orang sahaja dalam satu group. So,automatically yang satu group ngan aku ialah kawan aku sendiri, si Anastasia...buat masa ni kitaorang tengah nak mengenal pasti company atau organisasi perniagaan yang menggunakan manual procedure dalam merecordkan business transaction mereka...

Bagi sesiapa yang mempunyai perniagaan secara manual untuk business transaction mereka bolehlah minta pertolongan kami(saling tolong-menolong) untuk upgrade business transaction serta membuat final accounts anda secara computerized accounting menggunakan UBS software system....(kami sangat memerlukan dan menghargai sesiapa yang sudi membantu dalam project ini....thank you;)



-our confirmation letter-


Monday 26 July 2010

Restoran Yuen Buffet Steamboat



haluu yummy!! :)--

Malam minggu lepas kawan2 aku ajak makan steamboat(eat all) kat Yuen buffet steamboat restaurant, Bandar Sunway.. seorang just bayar lebih kurang RM22 seorang then boleh makan apa-apa yang kita ingin makan-unlimited!!..heheyummm!...(kawan aku siap warning supaya kosongkan perut sebelum pergi sana....)

seriously aku tidak tahu langsung pasal restoran Yuen steamboat sebelum ni..Dah la aku memang "kaki steamboat" bila jumpa je "steamboat king" macam ni lagi lah 'kaki boat' aku bertambah nasib baik tak sampai tahap 'kaki stim' :D .. (oit!! sebarang je ayat loyar buruk aku ni..hehe)..

kalau korang semua nak tahu Yuen buffet steamboat ada menyediakan lebih daripada 100 jenis ingredients..selain itu restoran tu juga ada menyediakan Honey Grilled Chicken wings, curry ayam, mee siam, nasi goreng, buah-buahan segar, pelbagai jenis kuih muih dan bermacam-macam perasa ice cream..dan selebihnya korang boleh datang sendiri ke restoran tu, tengok dan makan sepuas-puasnya...


this is it!


separuh dari jenis ingredients yg ada:)



sepanjang aku bernafas aku belum pernah lagi merasa siput kat atas tu...kawan aku yang empat orang tu pun sama. So, aku ambik la untuk seorang satu supaya dapat mencuba sesuatu yang baru last-last aku juga la jadi mangsa makan siput tersebut...mereka langsung tak sudi mencuba..(bagi aku maybe ini kali pertama dan terakhir aku makan siput tersebut sebab...sebab emm sebab tak selera aku nak makan ler e.eeekk@_@ at least aku dah cuba dan tahu rasa siput itu..:))



makan sambil bergambar itu kami..(dari kiri Orphieus, aku, Christopher & Gessy...Ricekay jadi jurugambar :)


haha..ini lagi, snap-klik...gambar empat orang yang membelakang itu merupakan sesi berebut Honey Grilled chicken wings yang sedap. Chicken wings itu served setiap 15 minit dan masa tu ramai yang berlari dan berebut(macam nak pergi berperang)..lebih kurang 20 hingga 30 saat je terus tray tempat chicken wings itu kosong semula...seriously memang sedap la wei...(sekarang pun aku terasa nak makan bila teringat kepak ayam tersebut ahh sedap!!)..



makan jangan tak makan!!.....(tak suka siput tapi suka seafood damn banyak...haha):))



sebelah Gessy itulah dia Ricekay,jurugambar sambil makan kami, then cuba korang tengok pic Honey Grilled chicken wings kat tengah-tengah tu, rugi kalau tak makan..soooo fantastically delicious (terlampau nak makan dah aku ni sekarang..haha)



masing-masing sibuk melayan steamboat...(ketamm.....aww;))



masa untuk dessert!!...ice cream memang sentiasa sedap-great!..orphieus 3 kali ambik ice cream..:)




Inilah dia mula-mula makan semua nampak gelojoh, lepas beberapa round keadaan jadi semakin slow dan akhirnya ada makanan yang tak habis makan tapi yang herannya kami berlima tak kena charge pun untuk makanan yang tak habis tu:)..dan kami merupakan pelangan kat tingkat atas sekali iaitu tingkat-3 (Yuen restoran tu ada tiga tingkat) yang paling akhir sekali keluar sebelum restoran tu tutup.*_^




bayaran untuk 5 orang:)

bagi sesiapa yang nak buat gathering ngan kawan-kawan tempat ni memang pilihan yang bijak terutama untuk kawan-kawan aku yang dah keja..jumpa kat sini la yea...haha (memang dalam masa terdekat dalam perancangan nak pergi sana balik..:))


dan kalau nak tahu alamat atau nak booking sebelum datang boleh contact kat:

Restoran Yuen Buffet Steamboat
32A-1,Jalan PJS 8/6
Mentari Plaza, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor
TEL: 03-56373852/016-2086678

Buss. Hours: 12pm-3pm and 5pm-12.30pm
closed on 1st and 3rd-Tuesday of the month

Thursday 22 July 2010

This song is for You.....^^ ♥

♥☻♥


***
if I take your heart, I will cherish it every day
if I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
if I take your heart, it's forever close to mine ;)D

*^*

Saturday 17 July 2010

Berkayak di Tasik Bukit Cahaya--Bhg. 1

@-@

kelmarin.....semalam.....hari ini.....dan esok langsung tak bagi aku rehat!!!
-L.E.T.I.H-


ini dia--- Petang aktiviti athlete club(running) then malam practise koir...awal pagi dah keluar rumah balik untuk aktiviti xtreme club(berkayak+berenang) sampai petang...balik petang celebrate birthday members css(surprise party aku tukang bawa kek:)..lepas tu, 8pm sambung pulak practise koir and tarian untuk pesta kaamatan, gawai and panen...adoii...esok menunggu untuk meeting GSS la pulak...lepas tu ???...mana hujung minggu aku dah habis owww.....nak main farmville kat fb pun tak lepas...;( ..yang penting segala asignments dan apa-apa yang berkaitan dengan pelajaran aku mesti siapkan;)....


just letak pics masa aktiviti berkayak di Tasik Bukit Cahaya...(tapi gambar tengah berkayak update kemuadian okes..)...blank dah ni ;<)




sarapan dalam teksi...karipap..;))



sampai dah:P



inilah dia gengs kayak




tasik bukit cahaya...tempat berkayak




ini yang aku suka..;P...(tapi x dapat pg hurmm;)



sebelum berkayak kitaorang kena buat water confidence terlebih dahulu di kolam renang....tak pernah-pernah aku mandi kolam pakai jean...tapi kat sini aku pakai..(terlupa nak bawa seluar lebih lo)



hehehe....best..;)



haaaa!!!!!!!....tadaa.,,aku dan kawan yg lain seriously lapar...main hentam terus makai..;P


belajar asas bagaimana nak berkayak;)



inilah dia rupa kayak/kenu/canoe...yang kitaorang guna



kat atas ini dikenali sebagai haiwan babun.(suka ambik barang orang tanpa izin...oittt bontot gilerr merah..;P

semangat mengajar cara berkayak;))



proses mengangkat kayak ke dalam sungai;)



dah habis aktiviti kayak....dah nak balik dah...



heheh sempat!



titanic versi pantai...."pulai turun";))



sorry coach..aku makan aiskrim hari ini...huhu aku tak tahan melihat itu aiskrim....(pulai gai zore baru stamina ku to ahh..gara2 mayuh makai aiskrim..hurmm...





emmm.....malas nak update sebenarnya...tapi nak juga blogging...:))...tengah malam baru la aku dapat bermanja ngan Facebook dan blog aku ni...aaaaa....katil memanggilku...:))


Thursday 15 July 2010

Zespri Kiwi

updates...updates...lagi lagi updates...;))


tiada yg special.....^:p^

baru je makan habis kiwi yang dibeli oleh kawan aku, Naza tadi....bukan aku nak habiskan tapi dia suruh so apalagi..mmmm^^_* (rezeki jangan ditolak tetapi harus dibahagikan...kalau kurang, yang lain boleh tambah...kalau still kurang gak...cari orang lain then darabkan la k... hehe bla..bla...bla.....(bahasa mathematics la konon..;p)



zespri kiwi yang yummmy!!...



do u know who this girl is...0_0???*_^



heh..heh..heh..@_@



Wednesday 14 July 2010

Belacan dan Paku



aloha!!...
hari ni aku just nak share serba sedikit la ngan korang semua pasal kawan kita yang lucu ini..si belacan dan si paku..
(pucuk paku masak belacan ahh nyamai--nyummyy!)

LOL( tarian ngajat...)
inilah dia salah satu video lucu-homemade style-daripada Belacan dan Paku..;)
-Belacan (berpelekat hijau putih)...Paku (berpelekat kuning)-



Alkisah si Belacan dan si Paku *_^ ....(rindu nak guna ayat skema...(r_t)hehe

si Belacan dan si Paku berasal dari USA. Belacan berasal dari Utah manakala Paku berasal dari Arizona. Masing-masing berumur 22 tahun dan pernah tinggal di Sarawak sebagai ahli sukarelawan ;).. Sebelum sampai ke Malaysia, Belacan dan Paku terlebih dahulu memulakan training mereka pada bulan August 2007 di US then pergi ke Malaysia bulan September 2007. Paku memulakan tugasnya sebagai sukarelawan di Bintulu, manakala si Belacan ditempatkan di Singapura buat sementara waktu.. Setelah selesai di Singapura, Belacan pergi ke Bintulu, Sarawak mengikuti jejak si Paku... Belacan dan Paku saling tolong-menolong dalam mempelajari bahasa Melayu dan salah satu bahasa etnik masyarakat Sarawak iaitu bahasa Iban....dan akhirnya mereka berjaya sehingga ke tahap berloyar buruk..hehehe (nemu nama utai berloyar buruk seduai sulu? gerenti nda nemu kan?:p)hehe

Belacan dan Paku balik ke USA pada tahun 2009.. Sekarang mereka bekerja di tempat yang sama di Utah iaitu salah satu tempat kerja yang memerlukan orang yang faham BM......ok, nak tahu lebih lanjut serta ingin melihat lebih banyak video lucu belacan dan paku??..... silalah berkunjung ke link mereka di bawah....ok:p!(selesai kerja aku mempromote..hehe)

--like n subscribe-;)





Belacan dan Paku: "kami fikir orang Malaysia memang best la.".




ngagai sulu seduai paku anang lupa ngaga koleksi video lucu n' sot-sot mayuh g ok..(.--don't manchal-manchal...^^_t^
*sulu=nama Belacan versi Iban & si Paku..:xD


Tuesday 13 July 2010

Congratulation to all MSU students!!


i don't know where to start... i'm speechless!!..(^_^)
i just wanna say-- i'm so0o..proud that MSU is one of the Excellent universities in
Malaysia.. (pewitt!!)

please click to enlarge image
MSU, UNIVERSITY OF CHOICE!
*
*
*
^^I LOVE MSU^^

*MY LIFE *MY CAMPUS *MY MSU*



Monday 12 July 2010

Malam final World Cup 2010 aku..

-- hi everyone i'm back!!;):p

mmm...musim demam bola baru je berlalu tetapi "gosip bola" bagi para kaki bola masih lagi "hot" kalau tak hot pun gerenti suam-suam kuku je sekarang :p....terutama sekali kisah si Paul the octopus yang pandai meramal sesetengah team yang akan menang tanpa salah semasa Fifa World cup ini berlangsung:)......Tetapi aku bukan nak blog pasal Paul the sotong or sotong the kerabu ke, sebab kebanyakan orang dah ramai tahu mengenai misteri serta keistemewaan SOTONG kurita tersebut...sekarang aku hanya nak menulis serba sedikit mengenai tahap klimaks demam bola aku ngan kawan2 aku di sebuah kedai mamak (restaurant Darul Ehsan) semasa menyaksikan siaran langsung perlawanan-final world cup 2010 (July 12, 2.30am)--spain vs netherlands...1-0

Gambar di bawah ini merupakan sebahagian daripada berjuta-juta peminat bola sepak dari seluruh dunia yang sama-sama menyaksikan sejarah--buat pertama kalinya Spain muncul sebagai juara World Cup!!..(mmm ayat mcm gempak je..hehe)..Netherlands tewas 0-1 ke atas Spain setelah Iniesta berjaya menjaringkan gol pada minit penghujung masa tambahan (30minit extra time)..oppsss..terlebih ulasan pulak...okey2 nak share kisah kitorang plak k...;))

Gara-gara nak tengok siaran langsung final world cup(spain vs netherlands) aku ngan kawan sebilik aku Nini, sanggup pergi kedai mamak 4jam awal (lebih kurang 10.30pm, july 11) dari masa siaran langsung, 2.30am, july 12....bukan sengaja nak pergi awal tetapi niat sebenar adalah ingin mencari port yang paling best nak tengok bola!!..*pengalaman selalu duduk di belakang je*:)...dan akhinya berjaya...lagipun feel tengok bola ramai-ramai kat kedai mamak lagi best berbanding di rumah..cewah!!....lagi-lagi final..memang target tengok kat kedai mamak;)



*_*...sampai je terasa nak ambik gambar....time ni lebih kurang pukul 11.10pm

ini dia colour kopi kaw-kaw yg aku ngan nini order...ubat tahan mengantuk la konon sedangkan mata aku ni memang tak mudah ngantuk pun....*gilerrr pahit*!!..still lg dlm lingkungan pkul 11+pm..


sebelum pukul 12.30am aku sempat menghabiskan dua buah komik...saje je bawa untuk hilang boring tunggu siaran world cup...*i like*

haaa!!!...kira-kira nak pukul 12+am...aku ngan nini meragam nak mengunyah sumthing...so kitorang order la benda kat bawah tu...;p..bertambah kenyang..lagi2 minum ngan jus carrot...*_^


uittt makan lagi!!! ni plak bihun tom yam..kitaorang order lebih kurang dalam pukul 1.45am, 12 july..tak lama lagi match nak mula..,.lagilah bertambah kenyang arrk!!


*
*
*
halftime--order teh o ais!!....still tak ada gol....dap dup dap dup...yang paling ketara aku tengok pengadil, Howard webb memang gila kad!.. sikit2 je terus layang kad kuning...kalau aku tak silap separuh pemain netherlands dapat kad kuning..0_0..;)



Ini dia...gambar terus dari hphone..Spain menjuarai world cup buat pertama kali dalam sejarah!!!...(untung aku spain menang even aku penyokong setia Germany..hehe')


melompat bersorak!!
kenapa kitorang suka tengok bola kat kedai mamak?? sebabnya kedai mamak boleh je sorak besar2 tanpa nak tutup mulut ngan bantal......hehe waka waka!!!!!! (bayangkan kita tengah syok tengok bola kat rumah tengah2 mlm, then team kita pulak yang menang..apalagi bersorak yg seakan-akan menjerit la wei...habis jiran yg x tgk bola terbangun terkezut..kang tak pasal-pasal kena...hihihi..;))



Aku dan Nini (penyokong setia germany) memang sepakat tak nak sokong Spain sebab dah kalahkan germany peringkat separuh akhir..tapi bila dah semngat bola...lembut juga la hati tgk spain main melawan netherlands yg agak kasar...apa-apapun Paul the octopus memang bangga sebab ramalan akhir dia untuk Fifa world cup 2010 tepat--spain juara....!!burung nuri je yang tercabut bulu sebab ramalan salah:D...(kalau spain tak menang gerenti aku terasa nak menggoreng sotong hari tu sebab dah bet ngan kakak dan abang aku untuk topup credit hphone.....hehe..yess aku dapat juga....;)..


aku ngan nini balik dari kedai mamak tersebut pukul 5.35am (yang lawaknyer meja bahagian depan still lagi banyak kosong sampai pukul 1am baru la dah ada orang!!)...so bayangkan berapa jam kitorang duduk kat situ? (7 jam!!)..kalau goreng telur mata kerbau kat kerusi kitorang tu pun gerenti masak...haha terlebih semangat bola betul!!...tapi berbaloi-baloi...pagi terus mc..sssyyhhh;p...okiess tadaa....


yeah world cup 2014--semoga turn germany pegang world cup's trophy!!:)
yess i love my Bearmany!!..(celcom-blue bear!)


Sunday 4 July 2010

Ramalan si PAUL betul!..<*Germany*>:)

Sungguh tak sangka keempat-empat negara yang dipilih oleh si Paul(octupus) betul-betul menang....terutama germany...Sebelum perlawanan Germany vs Argentina...si Paul ini telah meramalkan Germany akan menang dengan cara berenang ke arah balang yang berisi bendera Jerman tanpa mempedulikan balang yang diisi bendera Argentina...

**woot,woot Argentina!!kalah!..*_*....betapa hapinya aku malam ini bila Germany berjaya menyumbat gol 4-0 melawan argentina......yeah!!...GO GERMANY GO!!I JUST SUPPORT U!!



ini dia si sotong peramal(Paul)...
(seriously aku mengidam nak makan sotong sumbat ngan telur sebiji la mlm ni...;))


congrats 2 germany!!!..[wc champions-2010:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...