Wednesday, 16 September 2009

Di sebalik Mentera Harry Potter!

Wingardium Leviosa! Expelliarmus! Alohomora!

Ingin tahu apakah erti sebenar bagi mentera sihir Harry Potter??

Para Harry Potter freaks pasti mengetahui apa yang akan terjadi kalau mereka mengacukan tongkat sihir sambil berseru, "Avada Kedavra!". Atau mentera apa yang harus diucapkan kalau mereka ingin membuka pintu yang terkunci ("Alohomora!").

Pernahkah anda terpikir bahawa mentera yang diciptakan oleh J.K. Rowling dlm novel Harry Poter hanyalah mentera secara 'hentam keromo' sahaja?? Buat pengetahuan semua, mentera-mentera sihir yang digunakan oleh para pelajar di Hogwarts merupakan mentera yang mempunyai maksud asal yang kebanyakannya itu berasal daripd bahasa Latin...sila baca di bawah**=)

Accio


Mentera ini digunakan untuk memanggil barang. "Accio gelas", dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Dan seterusnya. Kata 'Accio' sebenarnya berasal dari bahasa Latin yang bererti 'Aku memanggil.'

Avada Kedavra

Mentera paling jahat yang boleh membunuh lawan. Orang tua Harry Potter meninggal akibat mentera ini. Dalam bahasa Aramaic, 'Avada Kedavra' bererti 'I will destroy as I speak'. Bunyinya sama dengan 'Abracadabra', yang merupakan mentera kuno dari abad kedua yang sering digunakan untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.

Crucio

Ini juga mentera jahat yang biasa dipakai untuk melakukan penyeksaan. Dalam bahasa Latin, 'crucio' bermaksud 'saya menyiksa'.

Expecto Patronum

Mentera penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor.Mentera ini diambil dari bahasa Latin iaitu 'expecto' yang bereti 'menunggu/berharap', dan 'patronus' yang bermaksud 'pelindung'. Jadi 'expecto patronum' lebih kurang ertinya dengan 'menunggu datangnya pelindung'.

Expelliarmus

Ini ialah mentera Harry Potter semasa berlawan. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh. Diambil dari bahasa Latin 'expellere' yang bermaksud 'mengeluarkan/melepaskan', dan 'arma' yang bermaksud 'senjata.'

Impedimenta

'Impedimenta' dalam bahasa Latin bermaksud 'halangan'. Mentera ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambatkan pergerakan musuh.

Lumos

'Lumos' ertinya 'cahaya'. Mentera inilah yang digunakan kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.

Rictusempra

'Sempra' berasal dari kata 'sempre' yang bermaksud 'selalu', manakala 'rictum' bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh sentiasa terus menerus ketawa.

Sectumsempra

Maksud ini pula terbalik dengan rictusempra. Efeknya bukan ketawa, tetapi luka, kerna dalam dlm bahasa Latin, 'sectum' bermaksud 'melukai/mencederai'.

Stupefy

Ini juga salah satu mentera yang sering digunakan ketika perang, efeknya bukan melukai tetapi cuma membuatkan musuh bengong serta mamai je.

Wingardium Leviosa

Ini merupakan salah satu mentera yang diajarkan kepada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat dan terbang di udara. Perkataan asalnya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang bermaksud langit. Manakala leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.

tidak pernah tertinggal menonton filem Harry Potter dari aku zaman 'anak jagung' lagi..hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...