Friday 4 September 2009

Akhirnya Micheal Jackson dikebumikan..




Michael yang meninggal pada usia 50 tahun pada 25 Jun lalu, disemadikan di Taman Peringatan Forest Lawn pada hari ini iaitu sekitar pkul 7 pagi td waktu malaysia.

Anak Michael - Prince Michael, 12, Paris, 11 dan Prince Michael II, 7 - dikatakan memberi nota terakhir di keranda ayahnya.

Nota yang tertera "Ayah, kami sayang ayah, kami merindui mu" disematkan di keranda bersadur emas Michael bersama sarung tangan putih yang menjadi identiti penyanyi itu.

Sebarang peralatan elektronik seperti kamera tidak dibenarkan dibawa masuk. Hanya Keluarga & teman rapat yg menghadiri pengebumian tersebut

Harta pusaka Michael yang kini sedang diuruskan oleh dua orang peguamnya akan digunakan untuk menanggung perbelanjaan majlis pegebumian tersebut.

Rakan rapat Michael, Diana Ross dan Brooke Shields juga dilaporkan antara tetamu yang menghadiri upacara penghormatan terakhir itu.

Antara selebriti yang dikebumikan ditempat itu termasuklah ikon Walt Disney, penyanyi Sam Cooke, Sammy Davis Jr. dan Nat 'King' Cole, selain itu ikon Hollywood lain termasuklah Humphrey Bogart, Errol Flynn, Jimmy Stewart dan Clark Gable.





Kru media berkhemah di luar Forest Lawn Memorial Park di Glendale, California






dapatkan berita terkini mengenai pengebumian Micheal Jackson di;>

http://www.tmz.com/

CNN.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...