Friday 30 October 2015

Idea baru

Saya ada seorang collegue kat sini (nama nor), yang selalu meluahkan masalah dan minta pandangan mengenai sesuatu hal terutama mengenai hubungan dia dengan bakal tunang. Permulaannya, saya sekadar mendengar segala masalahnya sambil tersenyum sahaja tanpa menyampuk atau memberi nasihat. Lagipun siapa saya untuk memberi nasihat. Kisah cinta saya pun tak menarik untuk dikongsi hehe, Tapi , suatu hari dia minta nasihat sejujurnya dari saya mengenai apa yang perlu dia buat dalam perhubungannya. So, dari saat itu hampir setiap hari akan ada je soalan dia muncul minta pendapat serta pandangan sehingga ke hari ini. Tapi bila hari ni saya cakap kat dia "saya tak akan masuk opis dah lepas ni", terus dia bertanya kenapa. Barulah saya berterus-terang ngan dia yang saya memang kerja untuk tempoh masa sekejap sahaja sebelum masuk ke company baru. Dia cakap, dia bersyukur berjumpa saya. Saya plak tersenyum kambing mendengar sambil cakap dia "ngeng" haha. Tapi tak lama selepas itu, dia memberi idea buat saya bila dia cakap, "kak, kenak kitak sik engkah dalam blog pasal motivasi yang ktak berik ngan kamek nya? Nasihat akak ya memang berkesan bagi kamek sebab apa yang akak nasihatkan memang berlaku ngan kamek bah, macam kenak ja hati. Syukurlah akak bagi nasihat dan kamek rasa semakin matang kinek." Cewahhh..terus saya cakap, "bolehkah saya blog kisah nor ni". Dia cakap "yep".  So, dari situ saya terpikir, bagus juga idea Nor nih, bila ada masa terluang nanti saya akan menulis entry mengenai motivasi la pulak. Mana tau, boleh jadi a great philosopher hahaha toink.Tak salah berangan kan hehe.. :D



2 comments:

Unknown said...

Made bg motivasi, hmmm mcam mana oww

Unknown said...

Made bg motivasi, hmmm mcam mana oww

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...