Haa.. pagi-pagi dah create header blog baru. Sebab apa?? Alkisahnya, saya ada bertanyakan soalan kepada pak google adsense, kenapa saya still tak dpt iklan walaupun account adsense dah approved. Then dia reply seperti kat bawah ni ha...
Pertama kali baca, macam ade sedikit pedas. Sejujurnya saya just tick agree je policies tu tanpa baca keseluruhan isi kandungan tersebut. Tapi saya memang sedia maklum yang adsense sememangnya tak suka blog yang mengandungi unsur-unsur violent serta blog yang tidak senonoh kandungannya. Tapi, kali kedua saya baca, saya siap tergelak sebab memikirkan header saya yang dikatakan ganaz itu. Haha. Nak mengimbas kembali kenapa saya edit pic ngan gun tersebut.
Waktu dedulu punya cerita, saya sangat suka mengambil serta mengedit gambar. Suatu hari saya berjaya install adobe Photoshop free ke dalam laptop saya. Saya memang lama dah mengidamkan program photoshop tapi kena beli. Semasa saya layan tutorial edit picture kat youtube, saya terjumpa satu video ni yang menyediakan code adobe photoshop for free. Saya terlupa photoshop CS ke berapa la. Kalau tak silap CS6. Saya pun terus install dan belajar guna youtube. Selain itu saya pun ada juga install brushes free dari web orang. Sekarang lupa yang mana satu web yang saya selalu guna dapatkan benda free untuk photoshop. hahaha.
Ramai cakap photoshop mahal. Tapi sebab rajin baca details. Jumpa juga code freenya toink. Segala cara install belajar kat youtube. So header saya yang ada gun keluar asap ni ialah hasil pertama yang saya edit guna photoshop. Gun tu tak ada maksud tersembunyi. Saya guna pic gun sebab saya nakkan header color black. Ngam-ngam plak ada wallpaper black handgun yang saya senang nak edit dan menarik perhatian saya. Tak nak nampak kosong sangat, saya kekalkan gun itu. Saya posisikan pic saya belah kiri seolah-olah kebal la kan. Gun dah siap berasap saya still kekal kat situ je bagi smiley kambing. Ni dia print screen saya punya header sebelum saya tukar yang baru.
Kat bawah ni pic asal sebelum di-edit. Ni pic masa pegi Melaka ngan membe. Ni kat dinding tembok yang orang ramai-ramai ambik gambar.. Gambar sekitar 2011 or 2012. Saya pun tak sure saya ada post pasal ni ke tak. Lama tak berblog kan. Apa-apapun pic ada gun kat atas bukan bermaksud ganas or violent, watsoeva tapi saya just nak abadikan dia sebagai header untuk memperingati hasil pembelajaran saya dengan adobe photoshop. Rasanya saya ada bakat ke tak edit pic ni? hihi
Tadaa, kat bawah ni header baru saya edit sebentar tadi masa awal pagi sebelum start keja. Ini maybe guna sementara je. Saya create guna Ipietoon blog design. Untuk menampakkan blog ni ada kasih sayang saya letak la pic toon yg cute ni. Terasa smooth je tengok..hueee
Kadang bila kita terlampau selesa dengan sesutau itu, kita terlupa nak mewarnainya sehingga kita abaikan seperti saya mengabaikan blog saya ni. So, saya cuba untuk memberi nafas baru serta semangat baru untuk blog dan diri saya sendiri juga.
Wish me best of luck and Thank you, semua..
Sila click links kat bawah sekiranya ingin tahu mengenai sejarah header aciapai's blog ni.. Maybe ada yang saya terlupa, saya tak berapa nak ingat..hehehe sekian :D
No comments:
Post a Comment