Entry kali ini khas buat Ma.
Ma. Saya mengenali Ma dari seorang kawan karib dari Kelantan yang bernama Nini. Ma ni ialah mak kepada Nini. Dari zaman university sampailah sekarang, ma saya dah anggap seperti mak saya sendiri. Bukan saya seorang tapi kami 5 bersahabat. Balik dari kelas, semuanya siap terhidang. Bila malam kami bercerita kongsi cerita. Ma pandai bergurau adakalanya gurau sambil nasihat. Ma orangnya lemah lembut tapi tegas dalam mendidik anak-anaknya. Ma pandai melayan karenah anak muda seperti kami. Ma melayan kami seperti anaknya sendiri. Walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya dengan mereka, tapi bila ngan Ma saya tak rasa ada perbezaan dari aspek-aspek tersebut. Ma selalu kata saya "lin yang nakal". Tiap kali saya bergurau "nakal" ma tahu maksud disebalik gurauan itu. Malah ma akan menambahkan lagi sehingga kami tak tahan menahan ketawa. Sungguh banyak kenangan manis bersama ma. Saya belajar makan ulam-ulaman pun dari ma. Saya masih ingat, bangganya saya bercerita dengan famili saya bila mana saya terror makan petai mentah. Saya cakap ngan mereka, "ma dari kelantan yang ajar." Saya juga belajar makan budu dari ma. Saya bawa budu yang ma bagi balik ke Sarawak, saya cakap "ma dari kelantan bagi". Masih teringat laksa utara seperiuk besar ma buat. Kami balik dari kelas makan tak ingat dunia. Ma buat sedap. Alahh... tak mampu saya tulis kesemuanya, ma . Biarlah tersimpan menjadi kenganan manis.
Masa berlalu tak terasa, awal perkenalan 2007 sehinggalah sekarang, 2015 anak-anak ma ni semua dah berjaya grad dan dah ada pekerjaan. Tapi kami sering dapat khabar kesihatan Ma tak berapa baik setahun dua ni. Banyak kali ma tak sedarkan diri. Penyakit yang dihidapi ma makin hari makin merisaukan. Tapi ma seorang yang hebat kerana ma berjaya mendidik anak-anak ma. Ma bertuah dapat anak-anak solehah seperti mereka. Walaupun ma tak ada rezeki kesihatan tapi ma bertuah dikurniakan rezeki anak-anak yg mendengar kata. Anak-anak yang sedar tanggungjawab mereka sebagai anak. Bertuah ada anak yang sanggup meninggalkan segalanya demi memastikan ma sentiasa terjaga. Anak ma selalu mendahulukan ma. Saya rasa berbangga dapat sahabat baik seperti Nini, ma. Ma tak usah risau, dia sahabat kami kini dan selamanya. Kini kami saling berjauhan. Hanya bertanya khabar, bertukar cerita melalui whatsapp. Kami semua busy. Kami rindu nak jenguk ma. Kami semua sepakat nak lawat ma sewaktu hari raya haji yang baru lepas hari tu. Nak tidur kat rumah ma. Nak throwback kenangan lama. Ma happy sekali mendengar khabar kami nak datang jenguk ma. Saya masih ingat Nini cakap "eh korang, ma happy sangat anak-anak ma nak datang jenguk ma".. Tapi apakan daya, masing-masing ada hal lalu janji tinggal janji. Kami tangguhkan janji itu ke masa lain. Bukan niat di hati kami tak jadi datang ma, tapi ma tahu kenapa....maafkan kami ma.
Semalam, 15/10/2015
Pepagi si sahabat kami Nini khabarkan ma pengsan lagi. Kami hanya mampu bagi kata-kata semangat serta kirimkan doa kat whatsapp agar ma cepat sedar and cepat sembuh. Tapi sebagai manusia kita hanyalah merancang, Tuhan lah yang menentukan segalanya. Malam semalam iaitu malam Jumaat, ma telah pergi selama-lamanya. Ma telah pergi.... Saya tak tahu nak cakap apa. Yang pasti saya menggeletar sejurus menerima berita kepergian ma. Ya Tuhan, baru saya tahu apa erti sebenar terkilan. Perasaan sedih campur menyesal tapi tak dapat nak buat apa, orang tu da pergi selamanya. Janji lama tak sempat ditunaikan. Tak siapa pun yang boleh menolong, tiada siapa. Saya sungguh terkilan tak sempat jumpa ma saat saat akhir. Ma selalu pesan suruh datang Kelantan, saya akan cakap nanti saya datang lawat. Saya pun baru dah planning nak bagpacker pergi Kelantan sambil singgah and lawat ma. Tapi tiada siapa boleh melawan ketentuan Tuhan. Ma telah pergi. Bukan rezeki saya nak jumpa ma. Saya tak keseorangan, masing-masing dari kami menyesal tak jadi datang jumpa ma time raya haji aritu. Kalaulah kami tahu....tapi apakan daya, semuanya takdir. Kami mendoakan agar roh ma ditempatkan di kalangan orang-orang beriman serta tenang di sana.
Buat sahabat kami Nini, kami tahu awak kuat sahabat. Kami semua merasa kepergian ma. Di kesempatan ini, saya juga berterima kasih kat sahabat kami Tqa kerana sudi menjadi tukang pemunggut sumbangan ikhlas kami buat Nini sekelurga. Nini terimalah sumbangan ikhlas dari kami semua. Jangan pernah terpikir awak keseorangan. Sebagai sahabat, kami merasa apa yang awak rasa, apatah lagi yang pergi itu ialah insan yang kami pernah anggap seperti mak kami sendiri. Penulisan kali ini saya khaskan buat ma kerana Nini pernah bagitau ma suka tengok blog saya. Ma salute tengok saya berblogging. Ma baca blog saya. Entry kali ni special untuk ma, Nini. Walaupun ma dah tiada, tapi kenangan bersama ma tetap bersemadi di jiwa setiap diri kami. Terima kasih di setiap memories. Saya tak dapat nak ucap al-fatiha buat ma tapi ma selayaknya dalam doa saya. Semoga roh ma tenang di sana. Amin.
Insan terkilan,
"lin yang nakal"
No comments:
Post a Comment