Hi semua,
Pasti ramai tahu mengenai Google Adsense kan. :)
Apa itu Google Adsense?
Google Adsense ialah program yang disediakan oleh pihak google buat para blogger atau webmaster yang lain yang ingin menjana pendapatan online dengan menyiarkan iklan di blog atau web mereka. Bayaran dikira dari jumlah per click atau pageviews yang terhasil dari blog tersebut.
Saya pernah dua kali mendaftar untuk menjadi warga adsense ni sewaktu aktif berblog dulu-dulu tetapi kedua-dua pendaftaran saya itu gagal. Lepas tu saya lupakan google adsense and daftar sebagai ahli nuffnang. Sampai sekarang saya still menjadi ahli nuffnang dan pernah merasa duit poket dari nuffnang. Terima kasih nuffnang :)
Sekarang saya ingin mencuba nasib sekali lagi dengan pak google. Potensi permohonan lulus tinggi sekiranya blog kita nampak aktif. So, untuk menampakan yang blog ni aktif saya post la pasal google adsense ni sendiri. Dari pengalaman, google adsense akan buat review dalam tempoh masa lebih kurang seminggu camtu. Reason kenapa saya gagal dulu ialah kerana google adsense tidak menerima blog dari bahasa Melayu. Tambahan lagi, blog saya ni lebih kepada bahasa rojak. Kalau saya tahu bahasa Cina ngan Tamil sekalipun, kemungkinan besar untuk saya menulis entry dalam dua bahasa tersebut adalah tinggi. Kali ni, saya mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi warga adsense. Gagal atau lulus, saya terima result dengan hati terbuka..cewahh. Sekarang saya kembali berblogging kerana keghairahan saya untuk menulis semakin meninggkat dan saya juga ingin memperbaiki penulisan saya ke arah yang lebih matang serta progresif. Dan kenapa saya ingin memohon adsense ini sekali lagi ialah kerana kita semua sedia maklum bahawa currency matawang dollar semakin mahal. Dengan adsense, kita akan menerima bayaran dengan matawang USD, jadi kalau tukar kepada RM.... anda matematikla sendiri jumlahnya yea..hehe.
Kepada sesiapa yang berminat berblogging serta teringin belajar selok belok mengenali dunia online, rajin-rajin la membaca okeh.. Membaca boleh membawa kemana saja anda inginkan. Dulu saya pernah mengembara ke benua antartika gara-gara ingin mengetahui ketebalan ais di kutub selatan bumi..tapi akhirnya saya melencong sampai ke dunia misteri segitiga bermuda bagai. Walau tidak berpeluang pergi ke tempat sebenar tapi saya dah dapat view sesuatu tempat itu huee. Okk..tak habis-habis nanti kalau melalut...hehe sekian.
No comments:
Post a Comment