Monday, 26 July 2010

Restoran Yuen Buffet Steamboat



haluu yummy!! :)--

Malam minggu lepas kawan2 aku ajak makan steamboat(eat all) kat Yuen buffet steamboat restaurant, Bandar Sunway.. seorang just bayar lebih kurang RM22 seorang then boleh makan apa-apa yang kita ingin makan-unlimited!!..heheyummm!...(kawan aku siap warning supaya kosongkan perut sebelum pergi sana....)

seriously aku tidak tahu langsung pasal restoran Yuen steamboat sebelum ni..Dah la aku memang "kaki steamboat" bila jumpa je "steamboat king" macam ni lagi lah 'kaki boat' aku bertambah nasib baik tak sampai tahap 'kaki stim' :D .. (oit!! sebarang je ayat loyar buruk aku ni..hehe)..

kalau korang semua nak tahu Yuen buffet steamboat ada menyediakan lebih daripada 100 jenis ingredients..selain itu restoran tu juga ada menyediakan Honey Grilled Chicken wings, curry ayam, mee siam, nasi goreng, buah-buahan segar, pelbagai jenis kuih muih dan bermacam-macam perasa ice cream..dan selebihnya korang boleh datang sendiri ke restoran tu, tengok dan makan sepuas-puasnya...


this is it!


separuh dari jenis ingredients yg ada:)



sepanjang aku bernafas aku belum pernah lagi merasa siput kat atas tu...kawan aku yang empat orang tu pun sama. So, aku ambik la untuk seorang satu supaya dapat mencuba sesuatu yang baru last-last aku juga la jadi mangsa makan siput tersebut...mereka langsung tak sudi mencuba..(bagi aku maybe ini kali pertama dan terakhir aku makan siput tersebut sebab...sebab emm sebab tak selera aku nak makan ler e.eeekk@_@ at least aku dah cuba dan tahu rasa siput itu..:))



makan sambil bergambar itu kami..(dari kiri Orphieus, aku, Christopher & Gessy...Ricekay jadi jurugambar :)


haha..ini lagi, snap-klik...gambar empat orang yang membelakang itu merupakan sesi berebut Honey Grilled chicken wings yang sedap. Chicken wings itu served setiap 15 minit dan masa tu ramai yang berlari dan berebut(macam nak pergi berperang)..lebih kurang 20 hingga 30 saat je terus tray tempat chicken wings itu kosong semula...seriously memang sedap la wei...(sekarang pun aku terasa nak makan bila teringat kepak ayam tersebut ahh sedap!!)..



makan jangan tak makan!!.....(tak suka siput tapi suka seafood damn banyak...haha):))



sebelah Gessy itulah dia Ricekay,jurugambar sambil makan kami, then cuba korang tengok pic Honey Grilled chicken wings kat tengah-tengah tu, rugi kalau tak makan..soooo fantastically delicious (terlampau nak makan dah aku ni sekarang..haha)



masing-masing sibuk melayan steamboat...(ketamm.....aww;))



masa untuk dessert!!...ice cream memang sentiasa sedap-great!..orphieus 3 kali ambik ice cream..:)




Inilah dia mula-mula makan semua nampak gelojoh, lepas beberapa round keadaan jadi semakin slow dan akhirnya ada makanan yang tak habis makan tapi yang herannya kami berlima tak kena charge pun untuk makanan yang tak habis tu:)..dan kami merupakan pelangan kat tingkat atas sekali iaitu tingkat-3 (Yuen restoran tu ada tiga tingkat) yang paling akhir sekali keluar sebelum restoran tu tutup.*_^




bayaran untuk 5 orang:)

bagi sesiapa yang nak buat gathering ngan kawan-kawan tempat ni memang pilihan yang bijak terutama untuk kawan-kawan aku yang dah keja..jumpa kat sini la yea...haha (memang dalam masa terdekat dalam perancangan nak pergi sana balik..:))


dan kalau nak tahu alamat atau nak booking sebelum datang boleh contact kat:

Restoran Yuen Buffet Steamboat
32A-1,Jalan PJS 8/6
Mentari Plaza, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor
TEL: 03-56373852/016-2086678

Buss. Hours: 12pm-3pm and 5pm-12.30pm
closed on 1st and 3rd-Tuesday of the month

2 comments:

myrah said...

wah sedappnya....madlyn makam steamboat x ingat aku pun...makn byk 2 supaya tembam sikit k...hehe...gurau jew...

aciapai said...

hehe memang tembam sikit pun hihihi...hancur diet bile tgk steamboat..;P..bile myrah mkn steamboat ingat aku ler yea..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...