top social

Monday, 12 July 2010

Malam final World Cup 2010 aku..

-- hi everyone i'm back!!;):p

mmm...musim demam bola baru je berlalu tetapi "gosip bola" bagi para kaki bola masih lagi "hot" kalau tak hot pun gerenti suam-suam kuku je sekarang :p....terutama sekali kisah si Paul the octopus yang pandai meramal sesetengah team yang akan menang tanpa salah semasa Fifa World cup ini berlangsung:)......Tetapi aku bukan nak blog pasal Paul the sotong or sotong the kerabu ke, sebab kebanyakan orang dah ramai tahu mengenai misteri serta keistemewaan SOTONG kurita tersebut...sekarang aku hanya nak menulis serba sedikit mengenai tahap klimaks demam bola aku ngan kawan2 aku di sebuah kedai mamak (restaurant Darul Ehsan) semasa menyaksikan siaran langsung perlawanan-final world cup 2010 (July 12, 2.30am)--spain vs netherlands...1-0

Gambar di bawah ini merupakan sebahagian daripada berjuta-juta peminat bola sepak dari seluruh dunia yang sama-sama menyaksikan sejarah--buat pertama kalinya Spain muncul sebagai juara World Cup!!..(mmm ayat mcm gempak je..hehe)..Netherlands tewas 0-1 ke atas Spain setelah Iniesta berjaya menjaringkan gol pada minit penghujung masa tambahan (30minit extra time)..oppsss..terlebih ulasan pulak...okey2 nak share kisah kitorang plak k...;))

Gara-gara nak tengok siaran langsung final world cup(spain vs netherlands) aku ngan kawan sebilik aku Nini, sanggup pergi kedai mamak 4jam awal (lebih kurang 10.30pm, july 11) dari masa siaran langsung, 2.30am, july 12....bukan sengaja nak pergi awal tetapi niat sebenar adalah ingin mencari port yang paling best nak tengok bola!!..*pengalaman selalu duduk di belakang je*:)...dan akhinya berjaya...lagipun feel tengok bola ramai-ramai kat kedai mamak lagi best berbanding di rumah..cewah!!....lagi-lagi final..memang target tengok kat kedai mamak;)



*_*...sampai je terasa nak ambik gambar....time ni lebih kurang pukul 11.10pm

ini dia colour kopi kaw-kaw yg aku ngan nini order...ubat tahan mengantuk la konon sedangkan mata aku ni memang tak mudah ngantuk pun....*gilerrr pahit*!!..still lg dlm lingkungan pkul 11+pm..


sebelum pukul 12.30am aku sempat menghabiskan dua buah komik...saje je bawa untuk hilang boring tunggu siaran world cup...*i like*

haaa!!!...kira-kira nak pukul 12+am...aku ngan nini meragam nak mengunyah sumthing...so kitorang order la benda kat bawah tu...;p..bertambah kenyang..lagi2 minum ngan jus carrot...*_^


uittt makan lagi!!! ni plak bihun tom yam..kitaorang order lebih kurang dalam pukul 1.45am, 12 july..tak lama lagi match nak mula..,.lagilah bertambah kenyang arrk!!


*
*
*
halftime--order teh o ais!!....still tak ada gol....dap dup dap dup...yang paling ketara aku tengok pengadil, Howard webb memang gila kad!.. sikit2 je terus layang kad kuning...kalau aku tak silap separuh pemain netherlands dapat kad kuning..0_0..;)



Ini dia...gambar terus dari hphone..Spain menjuarai world cup buat pertama kali dalam sejarah!!!...(untung aku spain menang even aku penyokong setia Germany..hehe')


melompat bersorak!!
kenapa kitorang suka tengok bola kat kedai mamak?? sebabnya kedai mamak boleh je sorak besar2 tanpa nak tutup mulut ngan bantal......hehe waka waka!!!!!! (bayangkan kita tengah syok tengok bola kat rumah tengah2 mlm, then team kita pulak yang menang..apalagi bersorak yg seakan-akan menjerit la wei...habis jiran yg x tgk bola terbangun terkezut..kang tak pasal-pasal kena...hihihi..;))



Aku dan Nini (penyokong setia germany) memang sepakat tak nak sokong Spain sebab dah kalahkan germany peringkat separuh akhir..tapi bila dah semngat bola...lembut juga la hati tgk spain main melawan netherlands yg agak kasar...apa-apapun Paul the octopus memang bangga sebab ramalan akhir dia untuk Fifa world cup 2010 tepat--spain juara....!!burung nuri je yang tercabut bulu sebab ramalan salah:D...(kalau spain tak menang gerenti aku terasa nak menggoreng sotong hari tu sebab dah bet ngan kakak dan abang aku untuk topup credit hphone.....hehe..yess aku dapat juga....;)..


aku ngan nini balik dari kedai mamak tersebut pukul 5.35am (yang lawaknyer meja bahagian depan still lagi banyak kosong sampai pukul 1am baru la dah ada orang!!)...so bayangkan berapa jam kitorang duduk kat situ? (7 jam!!)..kalau goreng telur mata kerbau kat kerusi kitorang tu pun gerenti masak...haha terlebih semangat bola betul!!...tapi berbaloi-baloi...pagi terus mc..sssyyhhh;p...okiess tadaa....


yeah world cup 2014--semoga turn germany pegang world cup's trophy!!:)
yess i love my Bearmany!!..(celcom-blue bear!)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...