Sunday 5 July 2009

Ramalan Vangelia Gushterova,

Samada boleh dipercayai ataupun tidak, tetapi ramalan ini sungguh mengerikan.[eerieee*_*] Seorang peramal asal Bulgaria, yang setaraf dengan Nostradamus atau peramal terkenal Valdes, mengatakan, perang dunia ke-3 akan meletus pada November 2010.[tahun depan tu..0(]

Ramalan tersebut menyatakan perang dunia ke-3 itu dimulakan oleh beberapa buah Negara dan seterusnya berkembang menjadi perang besar dan melibatkan banyak Negara, serta terjadi perang nuklear dan senjata kimia. Perang ini akan berlangsung selama empat tahun, hingga 2014.

Kesannya sungguh mengerikan, perang ini menghancurkan hampir semua kehidupan di sebelah utara bumi, khususnya negara Eropah yg diramalkan penduduknya hampir musnah disebabkan perang.

Perang Dunia kali ini juga tidak seperti perang dunia I dan II, kali ini kecanggihan senjata teknologi, tenaga nuklear, kimia, dll, digunakan untuk berperang bagi menghancurkan semua iaitu bukan hanya pasukan yang terlibat dlm peperangan tetapi juga masyarakat yang tak berdosa. Setelah perang, hampir sebahagian besar penduduk dunia akan mengalami penyakit kanser kulit dan lain-lain penyakit kulit kesan drpd senjata kimia dan nuklear yang telah digunakan semasa perang.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tidak ramai orang percaya pada ramalan namun kepercayaan itu biasanya muncul apabila apa yang diramalkan mula menunjukkan kebenaran atau menjadi kenyataan. Seperti kisah Vanga yang memiliki nama asal Vangelia Gushterova, seorang peramal berasal dr Bulgaria.

Pada awal kemunculannya, tidak ramai orang percaya akan ramalanya mengenai peristiwa-peristiwa yang akan terjadi pada masa depan. Namun seiring dgn waktu ketika ramalannya itu mula menjadi kenyataan, orang ramai pun mula berpaling padanya. Mula mengingati apa yg pernah dikatakannya dahulu. Banyak ramalan-ramalan Vanga tentang peristiwa-peristiwa besar yang mengejutkan dunia, pada akhirnya menjadi kenyataan.

Vanga telah meninggal sejak 1996. Namun ramalan-ramalannya tentang masa depan dunia kini dikaji semua orang, setelah sejumlah ramalannya terdahulu menjadi kenyataan. contohnya ramala beliau tentang serangan penganas terhadap Amerika pada 9 September 2001 atau dikenal dgn 9/11. Ketika itu dia mengatakan Amerika akan ‘jatuh’ oleh serangan steel birds.[“Horror, horror! The American brethren will fall after being attacked by the steel birds. The wolves will be howling in a bush, and innocent blood will be gushing.” (1989) ] Dan itu menjadi kenyataan di mana pusat kebanggan Amerika, World Trade Center, dilangar oleh pesawat pengganas.

Dia juga pernah meramalkan tentang meletusnya Perang Dunia ke-II, juga tentang perestroika yang menjadikan ‘ wajah’ Rusia berbeza, serta kematian Lady Diana. Atau tenggelamnya kapal selam Kursk di Laut Barents yang berkaitan dengan konflik bersenjata di South Ossetia. Ramalan tentang tenggelamnya kapal selam nuklear kebanggaan Rusia, Kursk, ini dinyatakanya pada 1980. Ia mengatakan,” pada august antara tahun 1999 atau 2000, Kursk akan ditengelami air dan dunia akan menangisinya”. Ternyata terbukti, tahun 2000 kapal selam nuklear itu tenggelam.

PERANG DUNIA KE-III

Namun apa yang merisaukan ialah Vanga meramalkan tentang meletusnya Perang Dunia ke-3 pada tahun 2010(tahun depan). Berdasarkan ramalannya, Perang Dunia ke-3 itu terjadi disebabkan konflik mengenai cubaan membunuh ketua 4 Negara,--Ukraine, Estonia, Lithuania and Poland department to Georgia..seterusnya Perang Dunia mula meletus setelah konflik yang terjadi di Hindustan (India).

Pada mulanya, perang tersebut hanya perang antara Negara tetangga sahaja yang dimulakan pada November 2010. selepas itu, perang itu berlarutan & melibatkan banyak Negara, terjadi perang nuklear dan senjata kimia. Perang Dunia ke III ini akan selesai menjelang Oktober 2014.


Berikut ini adalah ramalannya yang mengerikan:


2011: akibat perang, hujan radioaktif akan menghancurkan hampir semua kehidupan di sebelah utara bumi. Kebanyakan orang-orang Eropah akan musnah dan menghadapi ancaman yang akan mempergunakan senjata kimia untuk menyerang mereka.

2014: Akibat mengerikan diterima penduduk dunia akibat serangan senjata kimia dan nuklir selama perang. Di mana sebagian besar penduduk dunia akan menderita kanser kulit dan lain-lain penyakit kulit.

2016: Penduduk Eropah tinggal sedikit,benua itu hampir tidak didiami oleh penduduk.

2018: Cina akan tampil sebagai Negara superpower baru, yang memiliki kuasa besar di dunia. Yang dulunya eksploiters akan menjadi yang diekploitasi.

2023: Orbit tanah akan berganti

2025: Penduduk eropah hampir "pupus".

***************************************************************************

Vanga lahir 1911 dengan nama Vangelia Pandeva Dimitrova, setelah berkahwin namanya menjadi Vangelia Gushterova. dia berasal dari Bulgaria dan buta semenjak usia 12 tahun. Vanga banyak menghabiskan hidupnya di area Rupite di Kozhuh Mountains, Bulgaria. Dia didakwa buta huruf dan tidak menulis apapun ramalannya. Ramalan-ramalannya hanya diucapkan dan orang merakamkanya. Kadang kala ada kesulitan, karana ucapannya kadang2 bercampur dialeg Bulgaria yang sukar untuk difahami.s

Dia mengatakan, kemampuannya melihat masa depan adalah kerana bantuan drpd makhluk ghaib yang mendampinginya dan membisikkan kepadanya tentang apa yang akan terjadi. Tapi Vanga tidak boleh menjelaskan dari mana makhluk ghaib itu berasal. Makluk ghaib itulah yang memberikannya information tentang orang atau apapun yang akan terjadi atau yg telah terjadi.

Kini ramalan-ramalan Vanga menjadi objek penelitian Institut Bulgaria. Sebanyak 7000 ramalannya kini tengah diteliti serta dikaji. Dari penelitian tersebut, dikatakan bahawa 80% dari ramalannya berlaku.Sebelum kematiannya, Vanga sempat meramalkan, bumi akan dilanda keresahan dan ketidak seimbangan. Dia juga menyebut bahawa sejumlah mahluk luar angkasa(alien)@ UFO sebenarnya telah bertahun-tahun hidup di
bumi.***...(so..caye k x???..emmm setengah2 la kot..heeeeee)....


*****Vanga, the legendary predictor from Bulgaria*******


sumber: pelbagai...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...