Tuesday, 11 November 2008

Surat 'KICK'

SURAT LUCU YANG AKU JUMPA KAT BLOG ORG LAIN. PINJAM LA K..HEHEHE...BACA AND ENJOYS!! :p>no war..hehehe<

Mak oo mak.., Man pelik la mak..", jerit Man memanggil-manggil
ibunya. "Apa yang pelik sangat tu Man oi", sahut ibunya dari dapur.
Man meluru ke dapur bila terdengar suara ibunya . " Mak.. tengoklah
ni..",
kata Man seraya menunjukkan kepingan surat panjang yang berwarna putih
kepada ibunya .
Wah banyak surat ko dapat hari ni Man.. dari sape?", tanya ibunya
kehairanan . "Hari tu kan Man ada bagitau mak yang Man nak mohon
kerja .." terang Man. "Hah , habis tu .. surat tu kata apa ?", tanya
ibunya
dengan wajah yang sedikit ceria . "Ko dapat ke tawaran kerja tu ..Man?",
tanya ibunya lagi .
"Tak .. ni semua surat yang Man pos 3 bulan lepas .. konon nak mohon
kerja
sebagai juru auditlah tapi....",kata-kata Man terhenti di situ.
Ibunya menggeleng tanda paham . "Ala.. belum ada rezeki la tu Man oi..
janganlah ko risau .. rezeki ada di mana-mana ..yang penting usaha dan
tawakal..". ibunya cuba memujuk . Man termenung memandang ke lantai
tanpa
sepatah kata.
"Kalau susah sangat .. ko kerja jer kat kilang sabun tu ..", kata ibunya
lagi .
"Mak..Man peliklah ..nape surat ni ada cop KICK ?" ,tanya Man
sambil menunjukkan cop yang tertera di luar sampul surat . Ibunya
kehairanan lalu bertanya , "Eh ..KICK tu maknanya tendang kan Man?". Man
hanya mengangguk.
"Bak sini bagi mak baca surat kau tu..", kata ibunya lalu mengambil dan
mengeluarkan surat tersebut dari sampulnya . Surat tu bertaip dengan
rapi
sekali seolah-olah tiada sebarang cela . Ibu Man membaca dari perkara .

PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT.
Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai
juru audit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di
suratkhabar.
...................................
,.......................................................................
....
........................................................................
....
.......................
2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.
a) Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang akan tuan bayar
memandangkan saya berkelulusan diploma?
b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan msyarikat
tuan
banyak cawangan . Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?
c) Bila tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat
sikit...manalah
tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat
ni..melepas
pulak tuan nanti .
d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi
kami
orang islam nak beribadah nanti.
e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka
bersama-sama
stuff lain?
Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan.
Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya hargai dengan
ucapan
ribuan terima kasih. Sekian .


P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot
hitam
putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan
tuan
mengenali saya.


Yang Benar,
____________
( MAN BIN BAI )



Surat itu renyuk di genggaman ibunya. Man kehairanan lalu bertanya,
"Eh ..nape mak renyukkan surat tu?". Ibunya memandang Man dengan geram
lalu berkata, "Ini surat mohon kerja hotak ko.. ko ni terencat akal
ke? Aku yang tak habis sekolah ni pun tau macam mana nak buat surat
mohon kerja..", marah ibunya . Sebelum berlalu ibunya sempat
membelasah dan menerajang Si Man sambil berkata , " Ha.. ni baru
betul-betul
kick..".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...