Apa yang akan terjadi sekiranya Nabi Nuh dengan bahteranya hadir pada zaman modern?? Yang jelas, sama ada mendapatkan inspirasi dari kisah Nabi Nuh ataupun bukan, lembaga yang bertanggungjawab terhadap pemakanan dunia, FAO (Food Agricultural Organization), telah membuat ala2 "BAHTERA PENYELAMAT" dalam bentuk kubah raksasa yang dibangunkan di Kutub Utara.
Kubah tersebut berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia. Sekiranya terjadi bencana besar yang melanda dunia, maka biji-bijian yang telah disimpan di dalam kubah tersebut boleh dijadikan sebagai penyelamat sebelum umat manusia mengalami kelaparan:)
Oleh kerana kubah tersebut berfungsi sebagai penyelamat dunia, maka ianya telah diberi nama sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah itu terletak di dalam sebuah gunung beku di kepulauan Svalbard,Norwegia,1100 kilometer dari kutub utara.
Dalam kenyataan Perdana Menteri Norwegia, Jens Stoltenberg ada menyebut bahawa Svalbard Global Seed Vault merupakan suatu tindakan bijak mereka dalam proses penyelamatan manusia pada akhir zaman nanti."Ini adalah 'Bahtera Nuh' untuk melindungi keseragaman biologi pada generasi masa depan," ujar Jens Stoltenberg semasa upacara perasmian kubah itu.
Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter itu akan menyimpan biji benih dari ratusan bank benih dari seluruh dunia. Ruangan di dalam kubah itu dapat memuatkan 4,5 juta sampel benih. Pembinaan Kubah tersebut memakan belanja sebanyak US$9,1 juta-(hasil kerjasama Global Crop Diversity Trustand Agriculture Organization dan Biodiversity International yang berpusat di Rome,Italy.
Persoalannya, sekiranya biji-bijian tersebut selamat di dalam kubah itu semasa terjadi bencana besar yang melanda, dimanakah pula kubah yang boleh menyelamatkan manusia??...so????..........;*)
No comments:
Post a Comment