Tuesday 14 April 2009

Siapa Mereka-"Pengegar Dunia Internet"!!

Larry Page dan Sergey Brin

Google ditubuhkan pada tahun 1998 iaitu ketika Larry Page dan Sergey Brin berusia 24 tahun. Mereka rela drop out dari program kedoktoran komputer mereka di Stanford University untuk mengembangkan Google. Pada awalnya mereka tidak mencari keuntungan dari projek itu. Mereka hanya mahu membantu orang ramai untuk mempermudahkan mencari sumber informasi dan data di dunia maya. Kini Google.com dianggap sebagai mesin pencari terbaik di dunia. Google menenggelamkan pamor Overture, LookSmart, InfoSpace, FindWhat dan Ask Jeeves.Kini, sekitar 300 juta orang membuka Google setiap hari[sya tgh buka google juga ni..heheh].Google boleh diakses dalam 88 bahasa.

Wall Street, bursa saham AS, kemudian berebut atas saham Google, yang kini di atas 500 dolar AS. GoogleWords dan Google’sAdsense pula menjadikan Google sebagai peneraju utama bagi perusahaan pemasangan iklan. “Menjadi yang terbaik tidak menjadikan kami terlena. Malah sentiasa beringat,” kata Larry,si Presiden Produk Google.Selain itu, Googleplex juga pernah dinobatkan sebagai tempat bekerja terbaik di Amerika pada tahun 2007 oleh majalah Fortune..

kisah kejayaan Larry Page dan Sergey Brin harus dicontohi.Sesuatu yg serdahana jika disertai niat yg mulia,kerja keras dan intergriti kerja yg tinggi, akan menghasilkan sesuatu yang superb/istimewa. Google yang mereka tubuhkan telah terbukti membantu ramai orang dalam mencari apa2 sahaja yg diperlukan dari internet.!!..emm



Jerry Yang dan David Filo

Pada tahun 1995 kedua-dua orang ini telah mencipta Yahoo!, mesin pencari yang merupakan saingan terdekat Google. Jerry berusia 26 tahun dan David Filo 28 tahun ketika mereka mencipta Yahoo! Kedua orang ini sekarang mungkin lagi hangat diperkatakan setelah Microsoft menawarkan tawaran sebanyak US$44.6 something billion untuk mengambil alih Yahoo!.[.waaaaww...!!











Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim

pada pertengahan February 2005, 3 sekawan - Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim ingin berkongsi video makan malam mereka dengan beberapa teman di San Fransisco. Tetapi apa yang terjadi adalah diluar dugaan, ketika mereka cuba mengirim salinan video tersebut menggunakan email, mereka mendapati penolakan dari mail server kerana saiz file video tersebut terlalu besar. Akhirnya mereka sepakat menubuhkan web yg boleh berkongsi gambar mahupun video dengan kawan2 serta dunia. Akhirnya YouTube merupakan the biggest video sharing website on the internet.

Belum genap 2 tahun, Youtube akhirnya dipinang oleh Google, pada 16 Oktober 2006. My Channel





Tom Anderson

Tom Anderson menubuhkan MySpace pada tahun 2004 iaitu ketika beliau baru berusia 23 tahun. MySpace Merupakan jaringan sosial number 1 di dunia dengan lebih daripd 100 juta pengguna, beliau mungkin tidak sekaya Mark Zuckerberg [CEO Facebook], tetapi beliau tercatat sebagai pencipta jaringan sosial yang paling luas digunakan di Internet.

*^*confuse ngan email yang digunakan utk myspace..apalagi password..huhu..cian kwn2 myspace gue..**





Matt Mullenweg

Matt Mullenweg berusia 19 tahun ketika dia mencipta platform blogging yang kini digunakan dimana-mana. Ia menubuhkan platform blogging WordPress pada tahun 2005, dan sejak itu blogosphere pun mulai berevolusi[cewah!!]. Orang ramai mula berpindah dari MovableType dan platform lain ke WordPress kerana platform baru ini memang mudah dipakai dan selalu diupdate dan terus meningkat.













Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg, mahasiswa universiti Harvard merupakan CEO Facebook[online social website].Idea kreatif Mark untuk 'melahirkan' Facebook tercetus dari dorm roomnya di Harvard pada 4 Februari 2004,iaitu ketika beliau berusia 19 tahun. Pada mulanya Facebook hanya diperkenalkannya di 'wilayah' Harvard sahaja..namun selepas mendapati lebih dr 2 per 3 siswa Harvard mendaftarkan diri di Facebook, Mark membuat keputusan untuk menyebarkan Facebook ke university2 lain. Dia telah meminta bantuan teman sebiliknya, Dustin Moskovitz.Kini Facebook telah menjadi saingan terbesar MySpace.[nak lebih mengetahui mengenai Mark Zuckerberg & Facebook search je kat google ek..heheh malas nak tulis manyak2!!heee:))] saya pun x ketinggalan untuk 'merasai' kehebatan Facebook..bagi saya Facebook simple,ringkas & mudah!..

**saya dah lama daftar tapi x aktif..baru mula nak jinak2 la ni..hehehe..add la sya kat My Facebook







Blake Ross
Pada tahun 2003, Blake Ross menubuhkan Mozilla ketika dia baru berusia 19 tahun.Sejak itu, Mozilla tumbuh sangat pesat, ramai pengguna Internet 'tergoda' untuk menggunakan penjelajah Firefox Mozilla mereka sendiri, yang terbukti lebih mudah digunakan jika dibandingkan dengan kebanyakan aplikasi web yg lain. [bagi saya, sya suka and selalu gunakan ScribeFire kalau nak posting sesuatu kat blog.. mudah!..tanpa buka blog tapi still boleh posting..janji ada Mozilla..cewah!!]





Pierre Omidyar
Pierre Omidyar mula menubuhkan eBay [tempat lelongan online sedunia] pada tahun 1995 iaitu ketika beliau berusia 28 tahun. Ramai orang menghargai penemuannya, sehingga mendorong eBay menjadi platform dunia.


[Salah satu yg pernah saya baca dan menjadi kontroversi ialah mengenai koleksi barang2 kesayangan keluarga Victoria and David Beckham telah dilelong oleh org gaji mereka di eBay tanpa pengetahuan mereka sekeluarga dan menyebabkan Victoria sangat sedih kerana org gaji tersebut merupakan org yg paling dipercayai oleh keluarga beckham..*org gaji menafikan segala tuduhan terhadap mereka dan percaya bahawa mereka telah difitnah oleh org yg x bertanggungjawab!!..alahaii bergosip plak gue..huhuhu..]

1 comment:

Mr.J said...

salam kenal.

http://bungaipengrindu.blogspot.com/
http://unexplained-unexplained.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...