Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek
sempena hari jadi
isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,
encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian
sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian ba wah," kata lelaki
itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang
ditempahnya itu dan terusmembawa pulang ke rumah
untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di
hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek
itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang
lain, lelaki itu setengah pengsan.
ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH
TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
2 comments:
Kena terajang dari isteri sik?
hahaha....mcm tu la jadinyerr...kuikuikuikui
Post a Comment