Thursday 10 November 2016

Resepi Kuih Lapis Simple

10/11/2016

Bila Facebook throwback memories, muncul pulak post pasal resepi kuih lapis yang pernah saya buat masa 2014 dulu. So, share sini juga la. (cakap sensorang hehe)

Kuih Lapis Simple Je (ノ*ー)ノ

Bahan2 :

2 Cawan Tepung Gandum,
1 Cawan Tepung Beras
Setengah Cawan Gula (ikut citarasa sendiri nak manis ke tidak)
Secubit Garam
Pati Pandan (ni pun ikut selera sendiri nak pati apa pun boley)
1 Kotak Kecil Santan cair and satu packet santan serbuk yg telah digaulkan bersama dua cawan air (atau boleh gunakan 2kotak santan cair sahaja sekiranya keliru dengan sukatan air santan serbuk )
Pewarna yg dibenarkan (saya gunakan hijau sebab sesuai dgn rasa pandan :)= toink!!

Cara Membuat :

1.Campurkan semua bahan di atas ke dalam blender seperti didalam gambar dan blend sehinga semuanya nampak sebati. Then bahagikan kepada dua adunan (banyak2 adunan pun okay ikut suka) dan campurkan pewarna kegemaran yang berbeza untuk setiap adunan.

2.Sediakan loyang sederhana besar dan sapukan keseluruhan loyang itu dengan minyak masak supaya nanti kuih tidak melekat dan senang dikeluarkan toink2.

3.Tuangkan sedikit air ke dalam periuk kukus dan panaskan sehingga air tu kelihatan mendidih sedikit. Then, tuangkan sedikit adunan kedalam loyang tadi dan tutup periuk and kukus selama 10minit. Jangan tuangkan banyak supaya lapisan kuih kita tak terlampau tebal.

4. Seterusnya tuangkan adunan lain ke atas kuih yg kita kukus tadi dan kukuskan selama 3-5minit. Kena ingat pastikan anda lap wap air yg ada kat penutup periuk sebelum menutup okay. Ulang langkah ini sehingga adunan habis..huee

5. Untuk adunan yang terakhir kukus selama 15-20minit supaya semuanya masak. Siap(^v^). Sejukan dahulu sebelum potong. Nomnomnom...

Ingat lagi masa ni letak kurang kaler hijau..hehe budak baru nak belajar okay la tu hehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...