Saturday, 18 August 2012

Alkisah Corn Flakes Cookies & Dadih.....

HOLAA!!

Teringat janji ngan member nak buat entry mengenai proses buat cornflakes cookies and dadih untuk berbuka puasa beberapa harri yang lepas...so sini kita mari......*_^


Bahan-bahan untuk Corn Flakes Cookies and Dadih...

 Cornflakes Cookies
Corn flakes, Kacang badam, Honey & Buttercup (mentega pun boley)

Dadih
Satu paket serbuk dadih-apa-apa perasa ikut mana suka (saya jagung)
Satu tin susu cair (400ml)
Jagung Tin
3liter air
Gula 

*
*
*

 
Mula-mula bakar kacang badam pada suhu yang bersesuaian sehingga kekuningan. Kemudian blend kasar.

Masukan Gula sedikit, Buttercup & Honey ke dalam periuk dan meltkan di atas api yang perlahan. Kacau berterusan sehingga sebati menjadi cair kekuningan... Lepas tu, angkat periuk dan tuangkan ke dalam bekas corn flakes dan gaulkan perlahan-lahan (nak gaul cepat-cepat pun boley...!:)..Jangan lupa campurkan dengan kacang badam bakar yg telah diblend kasar tadi. Pastikan semua campuran tersebut disadur sebati.. baru la rasa ummphhh sodap!!! Heehehe senyum :))=

 Setelah semuanya sebati, apa lagi.....tuangkan/masukan ke dalam bekas letak biscuit kaler pink ( tak pasti pula apa nama benda tu..google plz! )~ Lepas tu, bakar dalam oven dengan suhu 120 selama 15-20minute. Rajin-rajin la check oven tu jangan sampai cornflakes jd coklat-itam..ngeee

Inilah dia rupa orang penting belakang periuk Cornflakes Cookies ni.. yang dara namanya Aziah Aziz, nama glamor Azi... yang uda pula namanya Qayyum Putra, nama yang tak seberapa nak glamor Qoy. Kedua-duanya memang ada bakat dapur yang terpendam. Kalau nak ikutkan sukatan bakat yang ada, memang keduanya berbakat tahap pinggan mangkuk yang bertimbun!! ouchh sink~(:xoxo:)


haaaaa masak....!!! sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas tertutup rapat....seriusly rangup and sedap yowww..!

Inilah dia Cornflakes Cookies Azi ngan Qayyum.. Jumlah sebenar ada 3 bekas. Mana hilangnya bekas yang satu lagi??? hohoho misteri terungkai di jamban >.<

*
*
*

DADIH

Bersihkan bekas dadih mini yang baru dibeli -sebanyak 50 bekas kiut miut dengan harga RM6 lebih.

Untuk resepi dadih ni simple mimple je... Untuk satu paket serbuk dadih tersebut -- Sila jerang 3liter air (bersamaan dengan 2 botol air mineral besar) bersama-sama dengan 400ml susu cair dan gula ikut suka tapi jangan terlampau manis. Sekali-sekala kacau sehingga mendidih sedikit dan tutup api. Lepas tu, masukkan serbuk dadih dan gula buah-buahan yang ada disertakan dalam paket. Kacau sehingga sebati dan setelah rata tuangkan ke dalam bekas yang kiut miut tadi. Sambil tuangkan, letakkan juga beberapa biji jagung tin ke dalam bekas dadih tadi untuk tambah rasa asli dadih perasa jagung tersebut. Then, biarkan sejuk kejap dan masukkan ke dalam peti sejuk. Jangan tutup bekas sebelum sejuk...biarkan tanpa penutup sehingga dia betul2 menjadi dadih..kalau degil juga nak tutup, jangan tutup rapat pastikan udara boleh masuk ke dalam bekas dadih...okies~sudah..sudah.. sila tutup mulut..hueeee

Beberapa jam kemudian ~ Inilah dia rupa dadih yang dah siap. Satu paket dadih bersamaan dengan 44 bekas dadih yang kiut miut. slurrrpppppp!!!!

*
*
*

* Selamat Hari Raya Semua !!
( kepada member yang dapat cornflakes cookies & dadih homemade free-you're welcome..:))=



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...