♥♥ 14 February 2012 ♥♥
Hari ini merupakan Hari Valentine atau disebut sebagai Valentine's Day. Valentine's Day dirayakan oleh umat Kristian bagi memperingati Sante Valentine yang meninggal dunia pada 14 Februari 270. Tetapi ramai yang tidak tahu asal usul serta makna Valentine's Day mensalah-ertikan maksud sebenar perayaan itu dan menganggap hari tersebut sebagai Hari Kekasih sedangkan ia bukan. Selain itu, pelbagai tanggapan serta prasangka buruk terhadap hari Valentine juga disebarkan. Tetapi post saya kali ini bukan menerangkan secara lanjut mengenai sejarah Valentine's Day. Tak perlulah kita mengadili serta mempolitikan sesuatu perayaan untuk sesebuah agama itu kerana setiap agama di dunia ini pasti mengajar umatnya ke arah kebaikan. Jangan terlampau narrow minded dengan sesuatu yang kita tidak pasti dan apa yang sangat penting ialah kita tahu prinsip serta pegangan agama kita kerana itulah akar kehidupan kita.....God bless us :)= !!
So, sempena Valentine's Day kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua erti nilai persahabatan yang kuat antara manusia dengan haiwan yang paling digeruni, Singa, iaitu kisah -- Christian The Lion -- kisah sekitar lebih kurang 40 tahun yang lalu...
Boleh juga baca kisah dia serba ringkas di bawah ni.......
Kisah ini bermula pada tahun 1969 ketika dua sahabat John dan Ace melihat seekor anak singa dijual di Harrods, sedang terbaring kesepian di dalam sebuah kandang berukuran kecil. Mereka membeli anak singa tersebut dan menamakannya Christian kerana selalu bermain di halaman gereja di situ. Semakin hari Christian semakin membesar dan pekarangan gereja serta London tidak lagi sesuai untuk kehidupannya. Dengan berat hati John dan Ace merelakan Christian untuk tinggal di Afrika agar ia mampu membesar dalam habitat asalnya yang bebas. Setelah setahun berlalu, kerinduan kedua sahabat ini untuk bertemu dengan Christian membuatkan mereka mengunjunginya semula ke Africa. Ternyata di sana Christian sudah membesar dan menjadi pemimpin kepada kelompoknya sendiri dan dikatakan sudah berubah menjadi singa liar. Tetapi rasa rindu mereka ternyata jauh melebihi rasa takut. Apa yang terjadi ketika mereka bertemu??? Ternyata Christian masih mengingat 'kawan lama' dia!! Christian segera berlari menghampiri dan memeluk mereka berdua. Tidak hanya menyambut dengan mesra, Christian juga kemudian memperkenalkan isterinya kepada John dan Ace. ((aww saat ni memang adorable thing i have ever seen!!)..
♥♥♥♥♥♥♥
Dari kisah Christian the Lion di atas, kita dapat menyaksikan cinta tiada batasnya walaupun antara manusia dengan haiwan...Love knows no limit..selain itu persahabtan yang tulus juga mampu bertahan selamanya.. "A true friendship last a lifetime"....seperti kata-kata jiwang ~~ "don't wait until it's too late to tell someone how much you love, how much you care. Because when they're gone, no matter how loud you shout and cry, they won't hear you anymore"~~cewahh pewwiittt...!
Get back in touch with someone today, and spread the love. You'll be glad you did :)= God is all about Love.... God bless..amen!!! :))=
xoxo..lynn
1 comment:
ahahaha even before the memorial of St. Valentine it used to be a very sickening ritual =X
glad that you're open with the current over rated commercial celebration :D You're right, no point to argue over this issue ;)
Post a Comment