top social

Saturday, 17 January 2009

Antilla-Rumah Termahal Di dunia

Memperkenalkan, inilah Mukesh Ambani, atau nama penuhnya Shri MukeshD. Ambani dan sekarang dikatakan sebagai orang ke-5 terkaya di dunia dan paling kaya di asia dengan nilai kekayaan sebanyak $20.8 billion(berdasarkan forbes). Dia ialah pengusaha kelahiran Yemen dan sekarang menetap di India. Dia ialah chairman, managing director dan pemegang saham terbesar Reliance industri.

Dengan wang yang begitu banyak, Ambani telah membangunkan sebuah rumah 27 tingkat yang dinamakan 'ANTILLA' untuk diri dan keluarganya (1 isteri dan 3 anak).Gambar bawah adalah rumah paling mahal didunia dan rumah pertama yang pembiayaan untuk pembuatannya melebihi 1 billion usd. Rumah beharga 2 billion usd(rm6.6 billion) ini dibangunkan di tengah tengah kota Mumbai, India, yang penuh kemiskinan.(Altamount Road)



Exterior


Lobby


Bilik Mandi


Ballroom


Modern Lounge


Traditional Lounge


Garage


Fakta Menarik Antilla

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

Dua tingkat di atas ‘health level’ menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

‘Health level’, aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga.

Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

***berita harian***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...