top social

Sunday, 30 October 2016

Resepi Lemon Chicken yang Mudah dan Simple

Hola Lemonolaa!!!

Harini saya nak share cara buat lemon chicken yang paling simple, mudah, senang dan sedap! Orang cakap sharing is caring, loving..  bla bla.. haha nak buat ayat panjang tapi terbantut. Tak apalah kita terus ke topik utama-Resepi Lemon Chicken hehehe. Untuk sukatan tak berapa nak ikut sukat sangat sebab ni masak main masuk je. hehe


Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada (3 orang makan)
Telur sebiji
Lemon sebiji
Sunkist Oren
Sprite 1 Tin
Butter
Bawang putih
Tepung Gandum, Tepung Jagung, Tepung Beras & Tepung Kentucky

Cara-cara :

Untuk Perap Ayam dan Goreng Ayam :

Saya perap sekejap je sebab balik kerja malam tak ada masa nak perap lama-lama, perut dah bising minta diisi hihi :

1. Potong ayam ikut saiz kesukaan dan bersihkan,

2. Tambah garam, sos tiram, lada sulah, perasa ayam secukup rasa. Gaulkan dan perap beberapa minit.

3. Lepas tu, pecahkan sebiji telur. Asingkan telur putih ngan kuning. Ada orang guna telur putih sahaja untuk menggoreng ayam tepung. Tapi saya guna dua-dua putih dan kuning sebab sayang nak buang kuning telur tu haha. Letak tepi kejap sementara nak gaul resepi tepung untuk goreng ayam. hehe


4. Sediakan mangkuk kosong, tambahkan Tepung Gandum 4 sudu teh, Tepung Beras 4 sudu teh, Tepung Jagung 4 sudu teh and Tepung Kentucky 4 sudu teh, lada sulah ikut kesukaan banyak mana korang nak. Garam sedikit dan letak perencah secukup rasa sedikit. Gaulkan sebati tepung tersebut.


5. Gaulkan ayam yang dah diperap ke dalam campuran tepung sebelum menggoreng. Lepastu, panaskan minyak kat kuali menggoreng. Bila minyak dah cukup panas, masukkan ayam seperti di bawah. Goreng sampai kekuningan.


6. Selfie dulu before angkat ayam hahaha. Perut memanggil-manggil dah time ni.



Cara-cara untuk membuat Sos Lemon yang mudah dan simple:


1. Panaskan butter kat kuali.

2. Bila butter dah mula mencair, masukan bawang putih dan tumis sampai naik bau. Jangan sampai bawang kehitaman tau.

3. Selepas itu, tuangkan satu tin "Sprite" lemon dan kira 2 tiga sudu Sunkist Oren. Ini memudahkan kerja anda yang tak nak sediakan banyak benda. Anda tak perlu nak tambah gula and pewarna kuning sebab Sprite dan sunkist oren itu memang dah manis masam masam and kekuningan. Gaulkan sebati dalam kuali sebelum tambahkan ayam.

4. Bila sos itu nampak mendidih bancuh dua sudu kecil tepung jagung dan tuangkan ke dalam sos lemon tadi. Then masukan ayam yang sudah digoreng tadi ke dalam sos lemon. Ada yang tak suka suka ayam soggy, so masak sos berasingan dan tuang ke atas ayam. Tapi saya nak cepat, masak ayam bersama sos lemon je hehe.

5. Sementara sos ayam semakin memekat, Ambil lemon sebiji, potong separuh. Simpan dua tiga slice lemon tu untuk hiasan lemon. Selebihnya perah untuk dapatkan jus lemon.

6. Bila sos dah semakin m"masuk"ke dalam isi ayam dan nampak berkilat,  tuangkan jus lemon tadi dan gaulkan sampai nampak juicy. Siap.



7.Sebab bersemangat nak chicken lemon rasa masam lemon jangan sampai masak lemon banyak-banyak bersama ayam, nanti jadi pahit hehe. 


Sedia untuk di - ngap yumnomnom. Pun boleh la hehe. Terlebih terkurang pandai-pandai la sendiri hehe.. 

TQ ;)=


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...