Monday, 4 January 2016

Hello 2016!!


Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Happy New Year 2016 atau Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog Aciapai.Ramai yang memasang azam baru, atau renew azam lama yang belum kesampaian lagi. Saya ada banyak azam yang dulu-dulu belum kesampaian lagi. Siapa yang kata tahun baru ni dia langsung tak ada azam maksudnya dia seorang yang ego hehe. Setiap dari kita berazam untuk mencapai sesuatu betul tak? Berjaya atau tidak azam kita tu, bergantung kepada diri sendiri. Bak kata peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih :)

Tahun ni salah satu azam saya ialah mengurangkan "dalih" hehe. Bukan apa, kadang saya malas, kadang cakap kosong, kadang kurang ubat bius, kadang terlampau emo jadi pemalas, kadang jadi orang gua berkurung, kadang jadi macam burung terlepas dari sangkar, kadang-kadang memang nampak kurengnya di situu haha.. Apa-apapun itu kadang-kadang je tau. Selalunya saya tak macam tu cewah. Pagi-pagi sebelum memulakan activiti harian saya suka baca atau buat motivasi quote. Walau sepahit manapun apa yang dihadapi saya belajar dan sentiasa belajar untuk mengawal emosi. Cikgu saya time sekolah rendah dulu pernah nasihatkan kalau kita selalu menghadapi emosi yang tak stabil, nanti penyakit senang nak hinggap. Dia cakap kalau kita marah tarik nafas dan jangan bercakap dengan orang sekeliling. Kalau bercakap tone kita tinggi, kita marah orang tak tentu pasal, nanti orang cakap kita meroyan. Bila dikenang balik logik juga cikgu tu cakap. Okay berbalik kepada azam, salah satu azam saya tahun ni nak ialah nak menambahkan income tapi dalam masa sama ingin travel banyak tempat cewahh boleh ke?? Jika nak pasti boley kan. :) Satu tempat dah confirm.. Penang!.. Saya suka Penang tambah-tambah lagi my bestest friend kawin. Harap-harap tak ada aral melintang atau aral kusut. 

Kepada yang berazam walau sekecil manapun ia, saya harap anda dapat mencapai azam anda pada tahun ni. Jika anda gagal setelah berusaha, terimalah dengan redha kerana setiap kegagalan pasti ada hikmah disebaliknya. Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal Dan begitu juga kita harus sedar bahawa tidak semua yang kita inginkan mampu kita perolehi dan tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan. Apa-apapun, nasihat saya ialah jangan mudah give up. Walau apapun orang kata dekat diri kita, jangan mudah ambik pusing kerana kita merupakan penentu kejayaan dan kecemerlangan diri kita sendiri. Chayok!!! :)=

Teringat satu peristiwa. Masa tu suasana sunyi, Saya ingin memberitahu sesuatu. Sesuatu yang saya ingini sampaikan saya mula belajar. Belum sempat saya menyatakan keinginan tu saya mengambil keputusan untuk tidak memberitahu setelah mendengar satu reason. Reason yang membuatkan niat saya terbantut tapi tidak terkubur...sekian terima kasih... :p

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...