top social

Friday, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia!

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warga Malaysia...!! :)=

Semua maklum bahawa kita merayakan kemerdekaan tanggal 31 Ogos setiap tahun. Tahun ini merupakan tahun ke-54 Kemerdekaan Malaysia. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tarikh 31 Ogos 1957 telah rasminya dipilih menjadi tarikh kemerdekaan untuk negara kita. Manakala Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun(semenjak 2010) sempena memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ini bererti, usia sebenar Malaysia pada tahun ini ialah baru mencecah 48 tahun!!..So, apakah usia sebenar yang patut kita guna bagi menentukan usia Kemerdekaan negara kita agar masyarakat serta generasi akan datang tidak terkeliru? Perlukah kita mengekalkan fakta sejarah bahawa negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun sedangkan semasa tarikh kemerdekaan tersebut(31/8/1957) Malaysia masih lagi belum wujud. Pembentukan Malaysia terjadi hasil daripada gabungan Tanah Melayu, Sabah,Sarawak dan juga Singapura pada tahun 1963..Jadi, mengikut logik akal, tahun ni merupakan tahun ke-48 Malaysia mencapai kemerdekaannya. (Apa-apapun sejarah tetap sejarah, jika sejarah diubah, berubahlah buku teks sejarah...tut..tut...no comment!)

Walaupun begitu, apa yang paling penting di sini ialah peranan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Apakah benda penting yang perlu kita lakukan?? Siapakah yang kita rasa paling layak untuk dipangkahkan?? Fikir-fikirkanlah, selamat memikirkan #_#....anda bukanlah hantu tetapi anda adalah seorang penentu..:X_^


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...