Friday, 27 March 2009

60 EARTH HOUR



Walau tinggal beberapa jam lagi...tapi rasanya masih sempat lagi untk saya melancarkan kempen mengenai 60 EARTH HOUR 2009...

kalau anda semua nak tahu pd bln mac erlangsunglah 'Earth Hour' atau 'Masa Bumi'. Penduduk dunia hanya menutup atau memadam semua punca bekalan elektrik dan tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik dalam masa hanya satu jam sahaja. Peranan utama dalam menyokong kempen ini ialah jadikan bandar kita gelap gelita.(romantik gitu..heheheh)

Untuk tahun ini, tarikh 28 Mac 2009 dipilih oleh organisasi Tabung Alam Sedunia (WWF). Diimbas kembali, kempen ini sebenarnya dipelopori oleh Australia, di mana bandar Sydney telah melakukan kempen ini pada tahun 2007 dengan bergelap selama sejam dan hasilnya penjimatan elektrik terjadi. Bukan itu sahaja, pembebasan gas karbon dioksida akibat penggunaan elektrik berlebihan juga dapat dikurangkan sekaligus menyelamatkan alam sekitar dan meminimumkan kesan pemanasan global. Tindakan sendirian Australia ini menjadi tumpuan seluruh dunia. Tahun berikutnya, 2008, menyaksikan beberapa negara mengikut jejak langkah negara Australia dengan menurut serta pada tarikh dan masa yang sama dengan tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik dan bergelap selama sejam.

Dikhabarkan 37 negara terlibat pada tahun lepas, tetapi negara Malaysia tidak turut sama. Mungkin ramai tidak mengetahui, walaupun kerajaan tidak prihatin pada tahun lepas, namun USM telah mengikut langkah kempen murni itu pada tarikh dan masa yang sama. Kebanyakan kolej kediaman dalam kampus tersebut bergelap sekaligus menyokong kempen global itu. Mungkin tindakan universiti tersebut menyedarkan pihak kerajaan dalam menyokong dalam usaha menyelamatkan Bumi ini.

Tahun 2009 ini menyaksikan peningkatan negara yang terlibat. Sebanyak 1,429 bandar dalam 80 buah negara (termasuk Malaysia) telah berdaftar dengan WWF untuk turut serta dalam kempen '60 minutes: Earth Hour'. Dalam angka itu, sebanyak 16,995 perusahaan, perindustrian atau perniagaan dan 5,085 organisasi terlibat dalam kempen ini. Sebenarnya, walaupun kempen ini memakan masa bergelap hanya dalam sejam, namun kesan tempoh itu pun cukup berbaloi untuk menyelamatkan Bumi. Berdasarkan fakta, bandaraya Bangkok telah dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada kempen Earth Hour tahun lepas. Bandaraya Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt dalam tempoh yang sama. Ireland pula menjimatkan hampir 1.5 % penggunaan elektrik pada malam tersebut. Dan banyak lagi fakta penjimatan yang telah direkodkan.

Dan jangan terkejut juga apabila sebenarnya kebanyakan mercu tanda seluruh dunia turut terlibat dalam aktiviti bergelap ini, seperti Coloseum di Rome, Sydney Opera House di Sydney, Time Square di New York, Golden Gate Bridge di San Francisco dan lain-lain. Bagi negara kita, Menara Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda mewakili Malaysia dalam aktiviti 'mematikan diri' selama sejam ini. DAN korang boleh la tgk kat sini senarai anggota yg terlibat di malaysia:)



Oleh itu, sebagai penduduk dan penghuni Bumi yang prihatin, apa kata kita turut serta dalam usaha memadamkan lampu dan peralatan elektrik lain dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 28 Mac ini. ka sesiapa yang merasakan kempen ini terlalu bagus dan baik untuk tempat dirinya berpijak, dia akan merasakan juga kempen ini sebenarnya bertujuan untuk menyedarkan semua pihak tentang kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia. Maka, kempen ini hanyalah sebagai permulaan dalam segala-galanya, namun kesannya juga mampu menyelamatkan Bumi dari pemanasan global yang berterusan.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, rajin-rajinlah layari laman web rasminya,60 Earth Hour. Owh ya, pada tempoh sejam hari Sabtu itu, enjin pencarian Google juga akan 'mematikan dirinya' selama sejam. Maknanya, anda tidak dapat menggunakan Google dan Blogspot dalam tempoh itu. Anda janganlah berada dalam talian (online) dan jangan menggunakan sebarang peralatan elektrik (kecuali kipas, sebab jika tak pasang mungkin anda panas, tetapi jika sanggup berkorban, apa salahnya berpeluh sekejap). Akhir cerita, melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan Bumi atau membiarkan ia menyala jika memilih Bumi terus menjadi mangsa pemanasan global kelak. Harus diingat, jika Bumi terus menjadi mangsa, kita juga akan turut sama menjadi mangsanya disebabkan kerakusan kita juga.


[Video rasmi Kempen 60 Earth Hour 2009]

sedikit sebanyak sumber sye ambik sumber dr: ApiGolek-Mari Undi Untuk Bumi-

rEnungankan bersama-sama...apa yg harus and x harus semasa kempen

1. jaga famili dahulu...masa berbual yg paling best coz sunyi..
2. pencuri akan happy coz peluang utk mencuri besar
3. polis kena kerja overtym..gerenti banyak kes..cayala..heheh
4. budak2 sosial melompat...happy..[tau2 je la]
5. peluang utk dapatkan zuriat atau waris besar..heheheh[sembilan bulan dari tarikh berkempen kemungkinan ramai dapat baby dr tarikh yg same..heheh]

**YANG lain2 korang pikir la sendiri**

ngagai semua bala ke bisi aku nesau madah ke kita earth hour should be every hour... its simple... no waste, there were times that humans were eating to survive. nowadays humans live to eat. thats what we call waste. they go to restaurants they order tonz of food and eat 10% of what they orders.. thats a simple example, you can all find many others. okies:))...**enda sabar makai mlm ngena lilin pgla..heheh:))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...