Monday, 14 August 2017

CSR : SK Nanga Penyarai 11/8/17-12/8/17

Transportation pergi balik ke SK Nanga Penyarai, Ulu Kakus. #csr #adventure #offroad 1. Hari pertama kami yang seramai 66orang bertolak menggunakan 13 buah kenderaan 4x4 dan berkonvoi menggunakan jalan offroad. Dari Bintulu kami masuk melalui Jln Semarakan dan transit di Rumah Panjang Layang untuk ke Nanga Penyarai. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2jam lebih untuk sampai di rumah Layang telah bertukar kepada 5 jam lebih. Disebabkan hujan semalaman, kebanyakan jalan tanah yang dilalui becak dan licin. Banyak detik cemas dilalui sepanjang perjalanan. Yang paling mencabar buat saya ialah bilamana kereta yang saya tumpang terasa meluncur laju menghala ke arah gaung atau jalan curam. Ada satu kereta terpaksa ditinggalkan di tepi jalan kerana kerap kali bermasalah bila naik bukit. Ada kereta kami overheat. Ada yang terpaksa ditarik dan juga ditolak sebab terkandas di pertengahan jalan. Yang penting dan yang saya sangat salute ialah semangat bekerjasama ada kelihatan antara semua  di saat2 getir seperti ini. Akhirnya kami semua selamat sampai di Rh Layang.  2. Dari rumah Layang, kami menggunakan perahu panjang untuk ke SK Nanga Penyarai. Penduduk di rumah Layang telah berbesar hati menyediakan beberapa buah perahu untuk kegunaan kami. Terima kasih buat penduduk di rumah Layang yang sudi membantu menyediakan pengangkutan air dan menjaga kereta kami yang ditinggalkan disitu.Dan tidak lupa salam dukacita buat keluarga penghuni yang meninggal. Kami dimaklumkan ada rakyat di rumah panjang tersebut telah meninggal dunia keesokan harinya. Kami menggambil masa hanya 10minit sahaja dari rh Layang ke Sk Nanga Penyarai. 3. Hari kedua. Disebabkan masalah jalan  di hari pertama, boss kami mengambil keputusan untuk kami semua balik menggunakan speedboat. Yang penting safety first boss cakap. Hanya driver yang terror jalan offroad sahaja yang balik menggunakan jalan darat. Kami ingat speedboat ini akan singgah di perhentian Tatau. Sebab kebiasaanya speedboat atau boat express jarang pergi direct ke Bintulu. Tetapi boss mengajak kami semua merasai pengalaman menggunakan speedboat dari SK Nanga Penyarai terus sampai ke Riverfront, Bintulu. Semua slmt sampai. Terima Kasih boss
A post shared by Zzerxer Lyn (@zzerxer) on

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...