Tuesday, 14 February 2017

Happy Valentine's Day


14.2.2017

Happy Valentines Day dari saya :) magie n me

Kepada yang tengah bercinta, selamat berbahagia. Kepada yang tidak ada pasangan selamat berbahagia juga buat anda. Kepada yang sudah berkahwin, semoga bertambah bahagia dalam perkahwinan anda ya. Dan buat mereka yang tidak merayakan Valentine's day, diam lebih baik dari berbicara okay. :D

Saya tidak akan berceloteh banyak buat pasangan yang tengah hangat bercinta. Tapi buat anda yang diluar sana yang tengah kecewa, saya akan berkongsikan sedikit sebanyak ayat motivasi untuk anda.

.Hi orang yang tengah kecewa, perlu anda ketahui bahawa anda bukanlah keseorangan. Dunia ini luas. Setiap orang mempunyai masalah hidup yang tidak diselesaikan . Saat anda memikirkan bahawa anda tidak diperlukan, ditinggalkan atau tidak penting dalam hidup seseorang yang anda cinta. Perlu anda ingat dalam hidup, kita bukan bergantung kepada cinta semata-mata. Dalam dunia yang sebesar ini banyak masalah yang lebih besar masalahnya dari cinta. Mungkin anda memikirkan hanya dia seorang sahaja yang mampu memberi anda cinta yang sehebat romeo and juliet. Anda salah, anda mungkin lupa yang dunia ini luas. Ramai lagi mereka diluar sana mencari cinta atau kecewa seperti anda. Yang sebetulnya anda lakukan ialah "move on". Walau bagaimanapun, tidak salah untuk bersedih saat kita ditinggalkan orang yang tersayang tapi jangan sampai hidup menjadi hura hara. Jangan bersedih atau murung dan berkurung terlalu lama. Sampaikan makan minum pun tidak terjaga. Itu merupakan satu kerugian besar untuk diri anda sendiri tau.

Banyak benda manfaat yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sedih. Sebelum ini, masa anda banyak dihabiskan untuk si dia sampaikan anda lupa yang lain. Cuba berfikir rasional sedikit bahawa selain pasangan anda, orang yang paling menyayangi anda dalam dunia ini ialah famili anda sendiri. Jangan abaikan mereka. Masa itulah anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan mereka. Luang masa dengan kawan-kawan anda juga. Jika sebelum ini anda hilang focus akan diri sendiri, masa inilah anda boleh enjoy sepuas-puasnya dengan "me time"anda. Lakukan apa yang anda minat dan suka lakukan selagi ia tidak merosakan diri anda sendiri. Yang penting dalam hidup kita ialah kita harus respect diri kita dahulu sebelum orang lain respect kita. Boleh enjoy tetapi perlu ada limit. 

Dan lagi satu, jangan pernah memaksa orang lain mencintai anda sepertimana anda pun tidak ingin dipaksa. Orang cakap cinta itu hadir tanpa dipaksa. Kalau orang meninggalkan kita untuk orang lain. Jangan pernah memikirkan kita kekurangan. Apa guna kalau dia stay dengan kita tapi happy bersama yang lain. Maybe ada yang lebih baik yang lebih memberi kegembiraan untuk kita diluar sana. Yang penting jangan pernah give up dalam cinta okay. Semua orang layak untuk dicintai dan mencintai. Tetapi perhubungan cinta itu akan menyakitkan jikalau salah percaturannya. Apapun jangan risau, dari  rasa sakit itulah mengajar kita untuk menghargai rasa bahagia. hehe adioss


Philosopy saya dalam perhubungan ialah saya tidak akan pernah memaksa orang mencintai atau membenci saya kerana saya sendiri pun tidak ingin dipaksa. Kalau saya suka saya akan tunjukkan saya suka. Kalau tidak suka, sebaiknya jangan melayan. Bukan bererti saya benci, tetapi saya selalu dinasihatkan supaya tidak suka suki memberi orang harapan sekiranya kita tiada niat untuk memilih dia. And kalau saya merasakan tiada priority dalam hidup seseorang itu saya lebih suka diam dan mengundurkan diri. Bukan saya hilang cinta atau jauh sekali benci, just saya stop investing. Bagi saya, perhubungan itu merupakan satu investment. Investment bukan hanya untuk duit semata-mata.  Perhubungan itu pun investment juga. Dalam hubungan dua belah pihak perlu ada commitment. Jika dia lebih gembira bersama orang lain siapa saya untuk menghalangnya. Setiap individu ada hak untuk bahagia, Tak perlu nak complicatedkan hidup sangat. Lagipun untuk masa sekarang saya tidak interested untuk cinta yang main-main. Kalau dah cinta satu, tidak terlintas langsung untuk extra. Tetapi kalau cinta saya dipermainkan, saya sentiasa percaya dengan kebaikan. Biar orang mempermainkan kita tetapi jangan kita mempermainkan orang okay. Kalau yang dah lama bercinta then putus mungkin ada hikmah disebaliknya. Maybe orang nampak saya gila-gila tetapi tidak dalam perhubungan. Perhubungan bukan untuk dimainkan. Sekian, TQ :)=

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...