14/1/2017 Saturday/Sabtu
Selamat pagi sabtu!
Saya suka dengan ayat motivasi di atas. Rasa bersemangat pulak menulis pagi sabtu ni. Bila gambar itu berkata, "Jangan sesekali biarkan sesiapa berkata yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, termasuk saya. anda mempunyai harapan dan cita-cita, Anda mesti melindunginya. Bila mereka tidak boleh melakukan sesuatu, mereka juga akan mengatakan yang anda juga tidak boleh melakukannya. jika anda mahukan sesuatu, dapatkannya. Masa." (sekali baca period tu datang bulan hihi).
Memang betul. Kita boleh dengar, lihat dan nilaikan pendapat orang lain terhadap kita. Tetapi untuk membiarkan orang lain menentukan hala tuju hidup kita itu seharusnya tidak berlaku. Baik buruk keputusan yang kita ambil itu hidup kita. Jangan pernah menyesal dengan setiap apa yang pernah berlaku. Sekiranya kita gagal dalam hidup bukan bererti kita gagal selamanya. Tetapi sekiranya kita gagal berulang kali dengan benda yang sama, masalahnya ada pada diri kita sendiri. Renungkan dengan mendalam apa silap kita, apa benda yang perlu kita ubah dalam diri agar kesalahan yang sama tidak berulang lagi. Jangan kita terus menyalahkan orang lain melainkan diri kita sendiri. Orang bijak pandai berkata, setiap kegagalan mengajar kita erti manisnya sebuah kejayaan. Senyum. Senyum itu perlu dari hati. Kalau bibir senyum tetapi hati mati, jadilah senyuman ngeri. heee ;p
Setiap daripada kita mempunyai keinginan, mempunyai impian dan angan-angan. Tetapi tahukah anda bahawa modal utama untuk kita mencapai setiap keinginan atau angan-angan itu bukanlah wang semata-mata. Modal utama kita ialah keberanian. Dalam setiap individu perlu adanya keberanian yang tebal. Keberanian untuk menghadapi segala risiko yang berlaku. Keberanian berdepan masalah. Jangan mudah menyerah atau berputus asa. Yang penting kita perlu gigih serta focus dengan matlamat hidup kita. Biarlah apa orang nak kata. Hidup kita hak kita. Tapi jangan sesekali kita mengejar sesuatu itu sampai mengabaikan benda yang terpenting dalam hidup kita. Terutamanya keluarga kita. Orang yang kita sayang. Jangan sampai seperti peribahasa Melayu, "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan". Maksudnya kita lebih mengutamakan kepentingan di luar dari apa yang sangat penting dalam hidup kita. Kejar kejayaan tapi jangan sampai lupa daratan okay. Bila kita lupa diri, semuanya mudah hilang dan pergi. Jadi, tak perlulah kita tamak dalam mengejar kejayaan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran. Kita mungkin tak cukup baik di mata semua orang tetapi ketahuilah bahawa kita sentiasa terbaik di mata keluarga serta kesayangan kita. Jadi jangan pernah mengabai benda yang kita ada. Apapun yang terjadi dalam hidup kita, percayalah all things are done according to God's plan. Yakinlah akan selalu baik pada akhinya. Amen :)
Thank you. Happy Weekend!
i miss you toink2
No comments:
Post a Comment