Tuesday, 10 May 2016

Menyambut pagi

Selamat pagi Selasa semua!
Awal-awal pagi dah sampai office. Orang cakap waktu pagi adalah waktu terpenting untuk memotivasikan diri kita. Jika hari kita dimulai dengan mood ceria dan berfikiran positive, nescaya kita akan mendapat hari yang indah. Jadi, sambutlah pagi kita dengan senyuman dan damai di hati okay. Walau sebesar manapun masalah yang dihadapi, bersabarlah kerana setiap permasalah hadir untuk menguji nilai ketabahan seorang insan. Ambil sudut positif dari setiap masalah dihadapi. Jika kita banyak memikirkan buruk dari yang baik, itu hanya menambahkan beban masalah yang ditanggung dan akhirnya memakan diri. Hidup sentiasa tidak tenang. Hidup yang tenang lahir dari jiwa yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Setiap agama di dunia mengajarkan umatnya supaya sentiasa bersyukur dan menerima takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya. Tiada satupun agama yang kejam. Yang kejam itu adalah umatnya. Dan jangan kita mudah menghakimi seseorang itu kerana kita tidak layak untuk menghakimi. Selayaknya kita ialah menghormati serta melayani sesama insan sepertimana diri kita ingin dihormati dan dilayani. Apa-apapun, hidup itu indah jika kita tahu menghargai baik buruknya. Okay itu je untuk hari ini hhee.

Anyway..gambar dibawah diketegorikan diluar topik heheeee.. :D


yo yo je tgk jam..yang sebenarnya itu posing yang tak menjadi. Biar jadi tatapan generasi nanti-nanti hihi. Manatauu dah tua boring-boring boleh la throwback.. hahaha. Selasa mood baju kurung. Baju beli sebab teruja nak join member beraya. Tak lama lagi puasaa..buat yang muslim. Selamat berpuasa. Wish advance hehe.


Tadaa..ini dia tempat mengais mencari bersuap-suap nasi..huhuee. Btw wallpaper supernatural theme kat desktop tu sentiasa menemani dimana sahaja pc kerjaku berada. 


Sekian dan terima kasih.
- Imperfect me.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...