Burj Dubai, berharga AS$20 bilion (RM64.8 bilion), merupakan projek berprestij di bina di tengah-tengah kawasan pembangunan seluas 500 hektar di Downtown Burj Dubai.
Ia berketinggian 828 meter (2717 kaki), 200 tingkat. Ia melebihi ketinggian bangunan tertinggi yang sebelumnya Taiwan Taipei 101, dengan melebihi sebanyak 300 meter (1000 kaki). Pembinaan Burj Dubai yang bermakna 'Menara Dubai' telah dimulakan pada 2004 dan bakal menjadi mercu tanda terbaru dunia. Ia dijangka menerima 30 juta pelawat untuk mengunjungi bakal pencakar langit tertinggi dunia yang terletak di Jalan Sheikh Zayed berhampiran Jalan Doha.
Ketinggian bangunan ini masih lagi dirahsiakan oleh syarikat pemaju pembangunan Burj Dubai, Emaar Properties.
Emaar Properties yang turut dimiliki oleh kerajaan Dubai melalui pegangan 32.5 peratus saham mencatatkan keuntungan tinggi daripada aktiviti pembinaan dengan separuh pertama tahun ini mencatat lebihan RM3.07 bilion (AS$893 juta) hasil jalinan kerjasama pembangunan dengan syarikat Korea Selatan, Samsung dan Turner Construction untuk membina Burj Dubai.
Emaar Properties juga masih belum mengesahkan ketinggian bangunan itu sehingga hari ini dan dijangka mengumumkan sehari sebelum perasmian bangunan tersebut.
Perancang iaitu kerajaan dan pemilik Burj Dubai ikonik terhadap ketinggian bangunan ini dan meletakkan visi ke atas bangunan pencakar langit terbaru ini menjadi tertinggi dan direkodkan untuk beberapa tahun.
Strategi merahsiakan ketinggian bangunan yang dibina itu mencetuskan tindakbalas ke atas negara-negara lain, syarikat pesaing arkitek dan syarikat hartanah milik hartawan terkemuka dunia untuk mereka bentuk dan membina bangunan pencakar langit untuk menyaingi ketinggian Burj Dubai.
Tamparan hebat berlaku apabila pada 6 Oktober tahun lalu, syarikat pemaju Nakheel di Dubai turut mengumumkan rancangan untuk membina Al Burj atau 'The Tower' iaitu menara dijangka setinggi 1,200 meter atau 3,280 kaki, sekali gus dikatakan bakal mengatasi rekod bangunan tertinggi Burj Dubai.
Termasuk, bangunan Murjan Tower di Manama, Bahrain direka oleh firma Henning Larsens dari Denmark dengan mencecah ketinggian 1,022 meter dengan memiliki 200 tingkat. Pesaing lain, bangunan Mubarak Al-Kabir yang dijangka mencecah ketinggian 1,001 meter di Kuwait.
Burj Dubai dibina mengatasi bangunan Taipei 101 di Taiwan yang mempunyai ketinggian 508 meter (1,667 kaki) selepas memecah merekod bangunan paling tinggi di dunia daripada Menara Berkembar Petronas pada 2003.
Sementara, Menara Berkembar Petronas memegang gelaran itu sejak tahun 1998 selepas mengalahkan Sears Tower di Amerika Syarikat (AS). Sebelum itu gelaran itu disandang oleh Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York yang menggantikan Empire State Building.
Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar di kalangan bangunan pencakar-pencakar langit mencapai kedudukan bangunan tertinggi hasil ilham daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Pembinaan Burj Dubai sepatutnya dijadual siap pada September tahun lalu tetapi tarikhnya ditunda setelah ketinggian menara bangunan ini dikaji semula, termasuk dari segi reka dan bentuk bangunan tersebut.
Menurut, Syarikat Grollo Tower dari Australia, cadangan ketinggian Burj Dubai pada peringkat awal setinggi 550 meter.Bagaimanapun, reka bentuk cadangan itu telah dipinda firma Skinmore Owings selepas mengadakan perbincangan dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga desas-desus ketinggiannya bakal mencecah 1,000 meter.
Pada Januari 2009, Burj Dubai telah mengatasi bangunan pencakar-pencakar langit yang lain termasuk Taipei 101, Freedom Tower (Menara Kebebasan) di tapak bekas WTC New York, Pusat Kewangan Shanghai di China dan Fordham Spire di Chicago, AS yang bakal menjadi struktur paling tinggi di Amerika Utara yang kini disandang oleh CN Tower, Toronto di Kanada.
Struktur bangunan Burj Dubai itu turut menjadi menara paling tinggi selepas ia melepasi tiang KVLY-TV di North Dakota, di Amerika Syarikat pada bulan April tahun lalu. Tiang TV berkenaan mempunyai ketinggian 628.8 meter.Dengan pembinaan Burj Dubai, ia juga melengkapkan simbol kebangkitan baru Asia meliputi Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Barat mengatasi Taipei 101.
Rekaan bangunan Burj Dubai direka oleh firma arkitek terkenal Adrian Smith dari Skidmore, Owings dan Merrill dari Chicago. Firma ini yang juga mereka bentuk Sear Tower di Chicago dan Freedom Tower di New York.
Burj Dubai direka dengan keindahan seni bina berasaskan Islam membentuk tiga tapak menyerupai abstrak bunga padang pasir.
Bangunan ini membentuk beberapa ukiran Islam dengan pelan lantai yang berbentuk 'Y' menghadap Teluk Parsi.
Ia juga direka dengan rekaan berbentuk kubah bawang iaitu senibina utama Islam
Bangunan Burj Dubai bakal menyediakan ruang pusat membeli belah terbesar di dunia, Dubai Mall dan pelantar peninjau dua tingkat di aras 124 yang akan dibuka kepada orang ramai dengan kelajuan lif elevator paling laju iaitu 18 meter sesaat atau 64 kilometer sejam.
Bangunan ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan hotel bertaraf lima bintang, Hotel Armani yang pertama dalam jenama Giorgio Armani.
Kawasan yang strategik dengan pembangunan mewah dikenali "bandar raya dalam bandar raya" meliputi 30,000 unit rumah, sembilan hotel, taman, 19 menara kediaman, termasuk tasik buatan manusia serta pusat hiburan terbesar di dunia.
Projek kediaman di Downtown Burj Dubai melibatkan kira-kira 7,500 pekerja profesional dan mahir bertugas di tapak pembinaan bangunan itu termasuk The Old Town, The Residences, South Ridge, Burj Dubai Lake Hotel & Service Apartments dan The Dubai Mall Hotel & Service Apartments.
Nilai hartanah serta harga unit apartmen di kawasan itu terus melambung tinggi, para pembeli dari seluruh dunia terus 'berebut-rebut' membeli kediaman di kawasan tersebut itu yang berhampiran dengan bangunan pencakar langit tertinggi itu.
Minat untuk memiliki aset dan hartanah mewah di kawasan tersebut dilaporkan ArabianBusiness.com, kira-kira 400 orang di kalangan para pelabur dan hartawan melalui wakil agen berbaris di luar pusat jualan Burj Dubai Emaar Properties untuk membeli unit-unit perniagaan termasuk unit kediaman baru projek utama di kawasan berkenaan.
Menurut ArabianBusiness, pembeli hartanah dipercayai membayar kira-kira lapan juta dirham (RM6.03 juta) bagi apartmen yang mempunyai satu bilik di Burj, dan lebih dua juta dirham bagi apartmen satu bilik di Downtown Burj Dubai.
Wawasan Dubai adalah untuk menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur serta membeli aset hartanah di negara yang bakal memacu pembangunan ekonomi di negara itu.
No comments:
Post a Comment