Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, 14 February 2017

Happy Valentine's Day


14.2.2017

Happy Valentines Day dari saya :) magie n me

Kepada yang tengah bercinta, selamat berbahagia. Kepada yang tidak ada pasangan selamat berbahagia juga buat anda. Kepada yang sudah berkahwin, semoga bertambah bahagia dalam perkahwinan anda ya. Dan buat mereka yang tidak merayakan Valentine's day, diam lebih baik dari berbicara okay. :D

Saya tidak akan berceloteh banyak buat pasangan yang tengah hangat bercinta. Tapi buat anda yang diluar sana yang tengah kecewa, saya akan berkongsikan sedikit sebanyak ayat motivasi untuk anda.

.Hi orang yang tengah kecewa, perlu anda ketahui bahawa anda bukanlah keseorangan. Dunia ini luas. Setiap orang mempunyai masalah hidup yang tidak diselesaikan . Saat anda memikirkan bahawa anda tidak diperlukan, ditinggalkan atau tidak penting dalam hidup seseorang yang anda cinta. Perlu anda ingat dalam hidup, kita bukan bergantung kepada cinta semata-mata. Dalam dunia yang sebesar ini banyak masalah yang lebih besar masalahnya dari cinta. Mungkin anda memikirkan hanya dia seorang sahaja yang mampu memberi anda cinta yang sehebat romeo and juliet. Anda salah, anda mungkin lupa yang dunia ini luas. Ramai lagi mereka diluar sana mencari cinta atau kecewa seperti anda. Yang sebetulnya anda lakukan ialah "move on". Walau bagaimanapun, tidak salah untuk bersedih saat kita ditinggalkan orang yang tersayang tapi jangan sampai hidup menjadi hura hara. Jangan bersedih atau murung dan berkurung terlalu lama. Sampaikan makan minum pun tidak terjaga. Itu merupakan satu kerugian besar untuk diri anda sendiri tau.

Banyak benda manfaat yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sedih. Sebelum ini, masa anda banyak dihabiskan untuk si dia sampaikan anda lupa yang lain. Cuba berfikir rasional sedikit bahawa selain pasangan anda, orang yang paling menyayangi anda dalam dunia ini ialah famili anda sendiri. Jangan abaikan mereka. Masa itulah anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan mereka. Luang masa dengan kawan-kawan anda juga. Jika sebelum ini anda hilang focus akan diri sendiri, masa inilah anda boleh enjoy sepuas-puasnya dengan "me time"anda. Lakukan apa yang anda minat dan suka lakukan selagi ia tidak merosakan diri anda sendiri. Yang penting dalam hidup kita ialah kita harus respect diri kita dahulu sebelum orang lain respect kita. Boleh enjoy tetapi perlu ada limit. 

Dan lagi satu, jangan pernah memaksa orang lain mencintai anda sepertimana anda pun tidak ingin dipaksa. Orang cakap cinta itu hadir tanpa dipaksa. Kalau orang meninggalkan kita untuk orang lain. Jangan pernah memikirkan kita kekurangan. Apa guna kalau dia stay dengan kita tapi happy bersama yang lain. Maybe ada yang lebih baik yang lebih memberi kegembiraan untuk kita diluar sana. Yang penting jangan pernah give up dalam cinta okay. Semua orang layak untuk dicintai dan mencintai. Tetapi perhubungan cinta itu akan menyakitkan jikalau salah percaturannya. Apapun jangan risau, dari  rasa sakit itulah mengajar kita untuk menghargai rasa bahagia. hehe adioss


Philosopy saya dalam perhubungan ialah saya tidak akan pernah memaksa orang mencintai atau membenci saya kerana saya sendiri pun tidak ingin dipaksa. Kalau saya suka saya akan tunjukkan saya suka. Kalau tidak suka, sebaiknya jangan melayan. Bukan bererti saya benci, tetapi saya selalu dinasihatkan supaya tidak suka suki memberi orang harapan sekiranya kita tiada niat untuk memilih dia. And kalau saya merasakan tiada priority dalam hidup seseorang itu saya lebih suka diam dan mengundurkan diri. Bukan saya hilang cinta atau jauh sekali benci, just saya stop investing. Bagi saya, perhubungan itu merupakan satu investment. Investment bukan hanya untuk duit semata-mata.  Perhubungan itu pun investment juga. Dalam hubungan dua belah pihak perlu ada commitment. Jika dia lebih gembira bersama orang lain siapa saya untuk menghalangnya. Setiap individu ada hak untuk bahagia, Tak perlu nak complicatedkan hidup sangat. Lagipun untuk masa sekarang saya tidak interested untuk cinta yang main-main. Kalau dah cinta satu, tidak terlintas langsung untuk extra. Tetapi kalau cinta saya dipermainkan, saya sentiasa percaya dengan kebaikan. Biar orang mempermainkan kita tetapi jangan kita mempermainkan orang okay. Kalau yang dah lama bercinta then putus mungkin ada hikmah disebaliknya. Maybe orang nampak saya gila-gila tetapi tidak dalam perhubungan. Perhubungan bukan untuk dimainkan. Sekian, TQ :)=

Friday, 3 February 2017

Hot & Cold


3/2/2017

Flu plus Sore throat.  :[=


Feeling hot and cold. 

Wednesday, 1 February 2017

Properties For Rent & Sale in Bintulu

1/2/2017

Properties For Rent & Sale : Bintulu, Sarawak


  • Parkcity Phase 4 Ground Floor & 2nd Floor

  • Bintulu Sentral 1st Floor (next to Sugar Bun) 

  • Tanjung Batu Bungalow - for rent at Beach Park. Available from March 2017

  • Commerce Sq Level 1 Unit 17


Interested? Please Call or Whatsapp : 0197417679 (Maddy) - to get more details. 

TQ

Tuesday, 31 January 2017

Happy 9th Anniversary To my Blog


31/1/2016

HAPPY BELATED ANNIVERSARY to my blog ACIAPAI :)=


Tahun ni genap 9 tahun dah usia blog saya. Blog ni lahir pada 27 January 2008. Rasa macam semalam. So kira tak terlambat sangat la untuk mengucapkan Happy Anniversary buat blog tersayang ni :). Tujuan asal penubuhan blog ini bukan untuk benda yang terlampau personal. Just sharing benda-benda umum sahaja. Dulu, mula-mula berjinak dengan dunia blog, abang saya pun siap pesan jangan blog benda-benda yang akan menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Masa tu saya baru masuk zaman university, baru dapat laptop sendiri. First laptop saya ialah Laptop Acer. Zaman dimana jiwa tengah panas. Banyak benda ingin dipelajari. Banyak benda ingin diketahui. Sebelum dapat laptop tu, saya selalu habiskan masa dengan baca buku atau majalah. Kalau balik cuti semester, kakak ipar saya sedia maklum akan memberi majalah-majalah baru yang belum saya baca terutama majalah Edisi Wanita. Pernah suatu ketika, masa tu saya masih sekolah menengah, saya berhutang dengan satu Pak Cik India tak jauh dari rumah saya yang menjual bahan-bahan bacaan sebab tertinggal duit poket. Sampai sekarang saya masih ingat lagi setiap hari Khamis saya akan datang beli kat kedai Pak cik tu sampai 5 buku sekali. Bukan apa sebab edisi terbaru untuk buku dan majalah kebanyakannya dikeluarkan pada hari Khamis. Tengok saya je Pak cik tu tau saya akan beli apa. Aishh sekarang jarang dah saya membaca. Tersangat jarang. Last saya beli bahan bacaan pun 3 tahun yang lepas. Saya beli satu buku harga USD84 kat Amazon.com . Lepas beli, balance kat account paypall pun kosong haha. Rasanya itu buku termahal yang mampu saya beli antara buku-buku yang ada. huhu. Banyak-banyak buku, satu novel cinta pun saya tak ada beli. Yang ada pun novel pinjam kat member tapi sampai sekarang tak dibagi balik. haha membe baik punya. Bukan bermaksud saya tak suka membaca novel cinta, saya suka baca, Sekali baca memang saya akan baca sampai lebam. Tapi untuk membeli novel ke arah cinta tu memang saya tak berminat. Lagi-lagi selalu dikecewakan. Kisah cinta sendiri pun boleh jadi novel dah just tak semanis dalam novel hahah. Saya paling suka novel misteri atau novel hantu. Saya dulu banyak simpan novel bersiri dengan genre Misteri atau Horror. Selain tu saya suka baca hikayat-hikayat. Misteri dunia. Selainnya saya suka beli buku resepi and majalah untuk belajar teknik photography and ilmu pasal camera. Dan buku yang paling saya sayang ialah buku motivasi yang ayah saya belikan. Tapi sampai sekarang buku tu kena pinjam tak dibagi balik. Saya pun tak ingat dah siapa yang pinjam haha. Kira adil la juga bila fikir balik. Buku orang pun saya tak pulangkan so buku saya pun entah dimana. Padan muka.

Masuk zaman U, kenal zaman IT, masa untuk buku semakin hilang. Masa saya banyak depan laptop. Saya lebih banyak membaca blog sampaikan saya membuat blog sendiri. Masa tu belom ada account facebook. Tak kenal facebook sangat. Masa awal berblogging tu la saya tahu apa itu black hacker and white hacker. Masa tu juga saya timbul berminat untuk belajar coding. Belajar CODE, HTML and CSS. Saya pernah pergi library hanya untuk stadi coding. Lain course yang diambil lain pulak yang dipelajari. Selain tu saya ada daftar learning code online secara free. Saya kenal group hacker from Indonesia. Saya salute cara dia terangkan sampaikan saya berangan jadi white hacker haha. Bilamana sudah banyak belajar saya try buat sendiri domain. Bila tak menjadi, saya akan print scrn, email and bertanya dekat ahli group hacker yang saya masuk itu. Nasib baik mereka semuanya tidak kedekut ilmu. Banyak blog untuk saya cuba try test. Yang tinggal sampai sekarang ialah Aciapai. Yang lain saya dah delete atau tinggal berhabuk. Bila dah munculnya facebook, ramai blogger menjadi kurang active. Saya menjadi salah seorang blogger itu. Lagipun bila dah start bekerja, saya semakin busy dan ketandusan idea untuk diblog. Saya lebih focus dengan kerja. Balik kerja yang paling best ialah berehat atau keluar dengan kawan-kawan. Jarang dah menghadap laptop. Kalau bercuti saya suka travel. Ingatkan kalau balik travel nak berblog. Itupun dah tak mampu sangat nak dibuat. Banyak kisah menarik disimpan tanpa diblog. Saya hanya mampu membuat photobook yang ala-ala majalah sahaja. Pernah saya order 20 buah photobook secara online. Yang tu hanya perlu bayar and edit sendiri dan hantar sebelum due date untuk pihak photobook print menjadikannya buku. Setiap satu ada 40 pages. Bila busy kerja, saya terlupa due date untuk tempahan tersebut. Semuanya tak dapat disiapkan. Yang pasti ada rugi sedikit disitu. Nasib baik saya beli waktu promotion.

Azam saya tahun ni untuk teruskan menulis apa yang mampu saya tulis selagi ia tidak melibatkan buruk orang lain okaylaa cewah.. 


Gambar Throwback 2015. Ni namanya ayu. Bestfriend ketat dari mula masuk U sampailah sekarang. Sekarang terpisah laut cina selatan jer hehe. Tak lama birthday si kawan ni. Harap2 saya tak terlupa la. Dari dia belom berkahwin sampai sekarang tak berubah perangai bila berjumpa. Thank you kat en suami dia sebab memahami... Pernah sekali, tahun lepas sebab lama tak berjumpa, kami berdua berchitchat sampai ke pagi tak tidur. Dia busy kerja and biz part time. Jadi jurumake-up and jual Pavlova. Siapa nak boleh la PM tepi. Pavlova dia sekali cuba nak lagi. Panjang plak cerita..okay sampai di sini sahaja.

Sekian, terima kasih. Sekarang tengah celebrate CNY, saya pun nak wish Gong Xi Fa Cai buat semua okay.

love,
madeline

Saturday, 14 January 2017

14/1/2017 Saturday/Sabtu


Selamat pagi sabtu!

Saya suka dengan ayat motivasi di atas. Rasa bersemangat pulak menulis pagi sabtu ni. Bila gambar itu berkata, "Jangan sesekali biarkan sesiapa berkata yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, termasuk saya. anda mempunyai harapan dan cita-cita, Anda mesti melindunginya. Bila mereka tidak boleh melakukan sesuatu, mereka juga akan mengatakan yang anda juga tidak boleh melakukannya. jika anda mahukan sesuatu, dapatkannya. Masa." (sekali baca period tu datang bulan hihi).

Memang betul. Kita boleh dengar, lihat dan nilaikan pendapat orang lain terhadap kita. Tetapi untuk membiarkan orang lain menentukan hala tuju hidup kita itu seharusnya tidak berlaku. Baik buruk keputusan yang kita ambil itu hidup kita. Jangan pernah menyesal dengan setiap apa yang pernah berlaku. Sekiranya kita gagal dalam hidup bukan bererti kita gagal selamanya. Tetapi sekiranya kita gagal berulang kali dengan benda yang sama, masalahnya ada pada diri kita sendiri. Renungkan dengan mendalam apa silap kita, apa benda yang perlu kita ubah dalam diri agar kesalahan yang sama tidak berulang lagi. Jangan kita terus menyalahkan orang lain melainkan diri kita sendiri. Orang bijak pandai berkata, setiap kegagalan mengajar kita erti manisnya sebuah kejayaan. Senyum. Senyum itu perlu dari hati. Kalau bibir senyum tetapi hati mati, jadilah senyuman ngeri. heee ;p

 Setiap daripada kita mempunyai keinginan, mempunyai impian dan angan-angan. Tetapi tahukah anda bahawa modal utama untuk kita mencapai setiap keinginan atau angan-angan itu bukanlah wang semata-mata. Modal utama kita ialah keberanian. Dalam setiap individu perlu adanya keberanian yang tebal. Keberanian untuk menghadapi segala risiko yang berlaku. Keberanian berdepan masalah. Jangan mudah menyerah atau berputus asa. Yang penting kita perlu gigih serta focus dengan matlamat hidup kita. Biarlah apa orang nak kata. Hidup kita hak kita. Tapi jangan sesekali kita mengejar sesuatu itu sampai mengabaikan benda yang terpenting dalam hidup kita. Terutamanya keluarga kita. Orang yang kita sayang. Jangan sampai seperti peribahasa Melayu, "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan". Maksudnya kita lebih mengutamakan kepentingan di luar dari apa yang sangat penting dalam hidup kita. Kejar kejayaan tapi jangan sampai lupa daratan okay. Bila kita lupa diri, semuanya mudah hilang dan pergi. Jadi, tak perlulah kita tamak dalam mengejar kejayaan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran. Kita mungkin tak cukup baik di mata semua orang tetapi ketahuilah bahawa kita sentiasa terbaik di mata keluarga serta kesayangan kita. Jadi jangan pernah mengabai benda yang kita ada. Apapun yang terjadi dalam hidup kita, percayalah all things are done according to God's plan. Yakinlah akan selalu baik pada akhinya. Amen :)

Thank you. Happy Weekend!

 i miss you toink2

Monday, 9 January 2017

My first blog for 2017 is....

2017

Many people start a new year without having specific resolutions. Me too. Personally, I'm not a big fan of New Years resolutions. But, before I start the New Year, I’m making sure to leave something behind from 2016, like; some mistakes, my disappointments, blame, fears,... the list could go on and on. So, when I leave something behind, I create a space for something new to enter my life. Something positive that will take me in the direction of my purpose in this life. :D

In 2017 I shall be kind to myself. I want to focus more on the things that bring joy to my life, and less on the things that are making me feel stressed. Love. I'll show people around me, my family and friends that I love them. Treat everyone I meet exactly as I would have them treat me. Write my blog at least once a month (preferably more often) hehe. Take care of my hair and skin. Be daring :)=

One word sums it up : Hope. I hope we reach the end of 2017 complete, together, and unbroken. Wherever this journey leads us, I hope we all reach our destination as better versions of ourselves. 

Good Luck and God Bless Everyone!!

Thursday, 8 December 2016

Consider a situation..

8/12/2016


Consider a situation: You're eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You curse. You harshly scold your daughter for knocking the cup over. She breaks down in tears.

After scolding her, you turn to your wife and criticize her for placing the cup too close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storm upstairs and change your shirt. Back downstairs you find your daughter has been too busy crying to finish breakfast and get ready for school. She misses the bus. Your wife must leave immediately for work. You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late, you drive 80 km an hour in a 60 kmph speed limit. After a 15 minute delay and paying a $60 traffic fine, you arrived at school. Your daughter runs to the building without saying good-bye.

After arriving at the office 30 minutes late, you find you forgot your briefcase. Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to going home. When you arrive home you find a small wedge in your relationship with your wife and daughter. Why? Because of how you reacted in the morning.


Why did you have a bad day?
A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the traffic policeman cause it?
D) Did you cause it?

The answer is D.

You had no control over what happened with the coffee. How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day. Here is what could have and should have happened. Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry. You gently say "It's OK honey, you just need to be more careful next time". Grabbing a towel you rush upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase. You come back down in time look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves. You and your wife kiss before you both go to work. You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss comments on how good a day you are having. Notice the difference. Two different scenarios. Both started the same. Both ended different. Why? Because of how you REACTED. You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% is determined by your reaction.

Here are some ways to apply the 90/10 secret:

If someone says something negative about you, do not be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out, etc.

How do you react if someone cuts you off in traffic? Do you lose your temper? Pound the steering wheel till it fall off? Do you curse? Does your blood pressure skyrocket? Do you try and bump them? WHO CARES if you arrive ten seconds later at work? Why let the blue car ruin your drive.

Remember the 90-10 principle, and do not worry about it! You are told you lost your job. Why lose sleep or get irritated? It will work out. Channel your energy and time into finding another job. The plane is late. It is going to mangle your schedule for the day. Why vent out your frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on. Use your time to read, get to know the other passengers, etc. Why get stressed out? It will just make things worse. Now you know the 90-10 secret. Apply it and you will be amazed at the results.


Credit to : Elite Readers



Saturday, 26 November 2016

What I Want Right Now!


26/11/2016



Omelette!! omm nom nom nom.

Ross, I miss your 5-star Spicy Omelette..huhu





Wednesday, 16 November 2016

To My lovely sister...

16/11/16


Birthday Aaron.
Happy birthday my baby Aaron!!!. Aunty doakan semoga Aaron membesar dengan baiknya okay. XOXO.

To my lovely sista,

Aku besampi ke dik ambi jampat gerai okay. Anang ngaga prank sakit yang terlampau baka demalam. It's not funny nemu. Risau aku risau. Dik ka nemu diato ku tengah layan me time. Duduk ngirup coffee and makai bubur ba McD sambil stadi and plan keja untuk pagila. Now blogging hehe. Tapi macam dik enda maca kot entry ku tok haha. Diato jarang orang maca blog. Maybe langsung nadai orang maca blog ku tok kini haha. Tapi enda apa bisi ga nyadi koleksi bacaan ila neh :). Nulis untuk diri empu meh tok kuikui. Ulih kena mulai ke pengigat maya udah tuai hueee. Hobi menulis paduhal.. McD enda entu mayuh orang just biasa2 jak. Tengah focus nulis plan keja pagila sempat ai kopi ku tumpah. So arinya ku stop nulis and start blogging. Ka blog apa pun nda nemu so nya la ku nulis ayat surat ngagai dik, my lovely sista evaaaa hehe sot. Okies aku ka nyambung ngirup kopi ku tadi still berbaki. Hope you get well soon, sis and please come to Bintulu okay. Anang risau ke aku dtok aok. I always try and do my best and put out the best and find the best in me, as well cewahh..orett see ya sista!
xoxo.



Sempat haha

Thursday, 10 November 2016

Resepi Air Soya Simple

10/11/2016

Ini pun satu lagi Post yang di-throwback dari FB.

Yang sebenarnya saya pengemar taufu fah bukannya air soya. Tapi orang cakap, kalau suka taufu fah kena belajar cara buat soya dulu. Taufu Fah asalnya dari soya. Macam manusia juga, kalau sukakan seseorang itu jangan suka dia sahaja perlu belajar suka budaya, keluarga dan yang sewaktu dengannya..hehe merapu plak daa. Okk resepi seperti di bawah. Itu dulu2 punya ayat. Bila baca balik terasa adoii senyum pulak haha..  ;D

Air Soya Simple Je (¬_¬)ノ

Bahan-bahan :

Kacang soya dengan daun pandan.

Cara2 Membuat :

1. Rendam biji soya selama berjam-jam sampai biji soya itu kembang and lembut sedikit. Saya rendam lebih kurang 8jam.

2. Untuk memastikan air soya nanti berkualiti tinggi paling kurang pun lebih tinggi dari tuan punya badan yang buat soya ni pastikan kulit biji soya itu dibuang semasa proses rendaman. Saya tukar air rendaman biji soya ni lebih kurang 5 kali sambil buang kulit soya yang tertangkal. Ibarat soya lupakan kulit la ni..ಠ_ಠ.

3. Pastu bila semuanya kembang kecuali lubang hidung, sediakan blender khas utk soya kalau xde blender biasa pun okay tapi kena kreatif lebih sikit supaya soya kita halussss macam iklan nescafe..toink(〜^∇^)〜

4. Blendkan soya. Saya buat satu cawan soya bersamaan 3 cawan air. Untuk blender biasa better sediakan kain putih yg bersih macam lampin baby yang tak pernah pakai untuk menapis hasil soya yg kita blend tadi. Saya gunakan blender #cornell 4in1. Beli time zaman ada #friendster blom sign up fesbuk. Apatah lagi insta..resepi soya kelaut tasik selatan plak daa..haha kk sambung..

5. Selepas habis biji soya itu diblend, sediakan periuk yg secukupnya untuk masak soya. Letakkan daun pandan kedalam periuk soya untuk lebih sedap dan mewangi supaya bila minum soya itu malam jadi lebih indah dan siang jadi lebih terang #pinjam lirik lagu akim..(⌒.−)=★

6. Tadaaa haruman soya akan merebak itu tandanya soya masak..pastikan semasa masak, bebuih soya tak mendidih sampai kluar periuk..sederhanakan api dapur gaul2 smpai nampak kepekatan and putih soya.

7. Sediakan air gula dan boleh minum panas atau sejuk. ヽ(´ãƒ¼`)┌
#soya #soybean #homemade #resepiringkasmelalutyanglebih#ngehngeh#weekend#saturday

























Nanti-nanti belajar buat taufu fah feveret pulak. See ya. TQ.

Resepi Kuih Lapis Simple

10/11/2016

Bila Facebook throwback memories, muncul pulak post pasal resepi kuih lapis yang pernah saya buat masa 2014 dulu. So, share sini juga la. (cakap sensorang hehe)

Kuih Lapis Simple Je (ノ*ー)ノ

Bahan2 :

2 Cawan Tepung Gandum,
1 Cawan Tepung Beras
Setengah Cawan Gula (ikut citarasa sendiri nak manis ke tidak)
Secubit Garam
Pati Pandan (ni pun ikut selera sendiri nak pati apa pun boley)
1 Kotak Kecil Santan cair and satu packet santan serbuk yg telah digaulkan bersama dua cawan air (atau boleh gunakan 2kotak santan cair sahaja sekiranya keliru dengan sukatan air santan serbuk )
Pewarna yg dibenarkan (saya gunakan hijau sebab sesuai dgn rasa pandan :)= toink!!

Cara Membuat :

1.Campurkan semua bahan di atas ke dalam blender seperti didalam gambar dan blend sehinga semuanya nampak sebati. Then bahagikan kepada dua adunan (banyak2 adunan pun okay ikut suka) dan campurkan pewarna kegemaran yang berbeza untuk setiap adunan.

2.Sediakan loyang sederhana besar dan sapukan keseluruhan loyang itu dengan minyak masak supaya nanti kuih tidak melekat dan senang dikeluarkan toink2.

3.Tuangkan sedikit air ke dalam periuk kukus dan panaskan sehingga air tu kelihatan mendidih sedikit. Then, tuangkan sedikit adunan kedalam loyang tadi dan tutup periuk and kukus selama 10minit. Jangan tuangkan banyak supaya lapisan kuih kita tak terlampau tebal.

4. Seterusnya tuangkan adunan lain ke atas kuih yg kita kukus tadi dan kukuskan selama 3-5minit. Kena ingat pastikan anda lap wap air yg ada kat penutup periuk sebelum menutup okay. Ulang langkah ini sehingga adunan habis..huee

5. Untuk adunan yang terakhir kukus selama 15-20minit supaya semuanya masak. Siap(^ï½–^). Sejukan dahulu sebelum potong. Nomnomnom...

Ingat lagi masa ni letak kurang kaler hijau..hehe budak baru nak belajar okay la tu hehe...

Tuesday, 8 November 2016

Untitled


8/11/2016

aww meoww!! i like to cuddle too..


Baka aku ngau kakak ku. Everytime ku tinduk sigi skill tok jak selalu. Teringat maya kakak ku kawin suba. Dalam famili semua happy just aku jak enda entu berapa happy laban ndai agik ngau aku tinduk bakatok. Siap ulih nyabak gik maya tinduk haha. Sampai diato ku still rindu ka tinduk merap kakak ku bakatok owh. Bila zaman U, bala kaban pulak nyadi mangsa cuddle enti tinduk sepiak. Enti teringat lawak and rindu pulak bala sida. Ari mit selalu diberap bala ayak ibuk last bila besai nyu nyadi habit merap orang. Maya bc nerima berita gaga or happy kadang ulih jak aku merap orang ke nyampai ke berita nya or orang ke sepiak. Nya kakak ku kala mesan, anang sengapa orang berap dik ila ko ia. Ukai orang semua sama baka kitai. Bc ia ka diberap bisi ia enggai. Kadang bc orang pikir bukai. So, start arinya aku belajar control merap orang sebarang. Tapi bila dik dah nyadi cuddler..tusah ka madah ku haha.. Nangka nya aja meh, nda nemu nama utai ka tulis gik ku hehe..keja2

TQ.

Tuesday, 1 November 2016

Hello November 2016

1/11/2016 -TAKE 5-

Bye October.... Hello November.

Semoga November yang bakal ditempuhi ini baik-baik sahaja. Walaupun sebulan tidak merasa nikmatnya berhujung minggu tidak bermakna hidup tidak ada "life". Ada kawan and famili  yang bertanya kenapa rajin sangat? Kerja weekend ada minta OT k? dan bla bla bla..Apa yang mampu saya buat hanya tersenyum. Bukan saya nakkan duit lebih sampai korbankan hari minggu. Jauh sekali nak kerja letih-letih. Orang cakap rezeki itu tidak semestinya dekat duit. Tapi bohong la kalau tak suka ada lebih duit. Semuanya kerana tanggungjawab. Kalau seseorang dah bagi trust buat anda untuk melakukan sesuatu itu, Tanggungjawab anda untuk menyelesaikannya dengan baik juga. Situasi dia win-win. Apapun banyak benda yang perlu dikejar dalam hidup. Duit atau wang itu adalah salah satunya tapi bukan cara saya untuk dapatkan duit dengan memaksa diri melakukan benda yang diri sendiri tidak enjoy melakukan atau bahasa mudahnya melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas. Teringat satu kisah, pernah saya kenal seseorang yang suka beralasankan duit untuk datang memikat. Banyak cerita dan kisah dia dengan duit sampaikan saya tak mampu untuk bercakap atau enjoy perbualan. Hanya mampu senyum dan ia kan sahaja apa yang dia cakap. Mungkin bagi dia itu cara memikat yang berkesan yang pernah dia guna sebelum ini. Tapi bagi saya, saya terus berfikir yang dia ingat saya ni mata duitan. Bagi sesetengah perempuan, dia akan jadi "turn off". Tapi bagi sesetengah perempuan juga dia akan "turn on" hahaha. Saya? kalau orang putih cakap, "I'm an open book. I just can't be read unless someone shows interest in the story" hehehe.

Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama cewah... :)x Duit juga tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya. Siapa yang pernah rasa kehilangan orang yang tersayang akan sangat terasa bahawa waktu itu singkat. So, kalau saya kata saya suka memang betul saya suka. Kalau tidak, saya senyum saja. hehe. Orang cakap the truth is always simple. It’s the mind that complicates it. 
.
.
.
.
Muka 1st November dengan sedikit demam..



QOTD :

"I have learned that you can go anywhere you want to go and do anything you want to do and buy all the things that you want to buy and meet all the people that you want to meet and learn all the things that you desire to learn and if you do all these things but are not madly in love: you have still not begun to live. Do anything, but let it produce joy okay"

SMILE

TQ.

Sunday, 30 October 2016

Resepi Lemon Chicken yang Mudah dan Simple

Hola Lemonolaa!!!

Harini saya nak share cara buat lemon chicken yang paling simple, mudah, senang dan sedap! Orang cakap sharing is caring, loving..  bla bla.. haha nak buat ayat panjang tapi terbantut. Tak apalah kita terus ke topik utama-Resepi Lemon Chicken hehehe. Untuk sukatan tak berapa nak ikut sukat sangat sebab ni masak main masuk je. hehe


Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada (3 orang makan)
Telur sebiji
Lemon sebiji
Sunkist Oren
Sprite 1 Tin
Butter
Bawang putih
Tepung Gandum, Tepung Jagung, Tepung Beras & Tepung Kentucky

Cara-cara :

Untuk Perap Ayam dan Goreng Ayam :

Saya perap sekejap je sebab balik kerja malam tak ada masa nak perap lama-lama, perut dah bising minta diisi hihi :

1. Potong ayam ikut saiz kesukaan dan bersihkan,

2. Tambah garam, sos tiram, lada sulah, perasa ayam secukup rasa. Gaulkan dan perap beberapa minit.

3. Lepas tu, pecahkan sebiji telur. Asingkan telur putih ngan kuning. Ada orang guna telur putih sahaja untuk menggoreng ayam tepung. Tapi saya guna dua-dua putih dan kuning sebab sayang nak buang kuning telur tu haha. Letak tepi kejap sementara nak gaul resepi tepung untuk goreng ayam. hehe


4. Sediakan mangkuk kosong, tambahkan Tepung Gandum 4 sudu teh, Tepung Beras 4 sudu teh, Tepung Jagung 4 sudu teh and Tepung Kentucky 4 sudu teh, lada sulah ikut kesukaan banyak mana korang nak. Garam sedikit dan letak perencah secukup rasa sedikit. Gaulkan sebati tepung tersebut.


5. Gaulkan ayam yang dah diperap ke dalam campuran tepung sebelum menggoreng. Lepastu, panaskan minyak kat kuali menggoreng. Bila minyak dah cukup panas, masukkan ayam seperti di bawah. Goreng sampai kekuningan.


6. Selfie dulu before angkat ayam hahaha. Perut memanggil-manggil dah time ni.



Cara-cara untuk membuat Sos Lemon yang mudah dan simple:


1. Panaskan butter kat kuali.

2. Bila butter dah mula mencair, masukan bawang putih dan tumis sampai naik bau. Jangan sampai bawang kehitaman tau.

3. Selepas itu, tuangkan satu tin "Sprite" lemon dan kira 2 tiga sudu Sunkist Oren. Ini memudahkan kerja anda yang tak nak sediakan banyak benda. Anda tak perlu nak tambah gula and pewarna kuning sebab Sprite dan sunkist oren itu memang dah manis masam masam and kekuningan. Gaulkan sebati dalam kuali sebelum tambahkan ayam.

4. Bila sos itu nampak mendidih bancuh dua sudu kecil tepung jagung dan tuangkan ke dalam sos lemon tadi. Then masukan ayam yang sudah digoreng tadi ke dalam sos lemon. Ada yang tak suka suka ayam soggy, so masak sos berasingan dan tuang ke atas ayam. Tapi saya nak cepat, masak ayam bersama sos lemon je hehe.

5. Sementara sos ayam semakin memekat, Ambil lemon sebiji, potong separuh. Simpan dua tiga slice lemon tu untuk hiasan lemon. Selebihnya perah untuk dapatkan jus lemon.

6. Bila sos dah semakin m"masuk"ke dalam isi ayam dan nampak berkilat,  tuangkan jus lemon tadi dan gaulkan sampai nampak juicy. Siap.



7.Sebab bersemangat nak chicken lemon rasa masam lemon jangan sampai masak lemon banyak-banyak bersama ayam, nanti jadi pahit hehe. 


Sedia untuk di - ngap yumnomnom. Pun boleh la hehe. Terlebih terkurang pandai-pandai la sendiri hehe.. 

TQ ;)=


Saturday, 29 October 2016

Kuih Tepung Pelita

29/10/2016

Teringat time bulan puasa. Kalau pergi bazaar kuih yang wajib dibeli ialah Kuih Tepung Pelita. Orang lain yang puasa, saya yang bersemangat pergi bazaar. Beli macam-macam makanan then makan sekali dengan housemates. Kenangan manis dulu-dulu.

Alkisahnya, bulan puasa yang lepas, sebab mengidam nak makan tepung pelita sangat2. Pergi ke bazaar. Sampai bazaar, orang yang jual kuih cakap tak ada jual kuih tepung pelita. The next day, pergi lagi lain bazaar tanya soalan sama, dapat jawapan yang sama juga. Tak ada jual kuih tepung pelita. So, dek kerana mengidam malam2 pergi beli bahan untuk buat kuih tepung pelita. Daun pandan pun ambek fresh  guna lampu suluh kat rumah mak cik waktu malam haha. Kalah orang mengandung.

Bahan semua ready, so apalagi.. biar gambar berbicara la..hehe tadaaaa!!!

Homemade Kuih Tepung Pelita Tengah Malam. Siap hampir nak dekat 1 pagi.,:)

Bahan2

Lapisan bawah :

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
Sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas :

4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.


Ni rupa selepas ditapis. Pastikan smooothhhhh baru umphhh melting ting tong yummy.


Rupa kuih tepung pelita yang siap just belum disejukan. hehe puas ati tak terasa letih balik keja..

Tak tahu buat. Just tengok cara2 buat kotak dia ni kat youtube kat situ berlambak nak pilih yang mana satu. see first try jadi juga..asal rajin belajar. belajar trus praktikal ni..hehe


Tukang buat kuih yang kaki gambar. hahah who caressss hihi

Bila dah sejuk ahhhh...hilang stress mengidam. akhirnya rase lebih kurang dengan yang dibeli di bazaar dulu-dulu juga cewah hehe. Ermm boleh kawin dah si kawan cakap. Aku jawab "Papepun kawin bukan sesenang ABC haha kita makan dulu besok2 pikir kawen la.." haha

Sekian. Throwback takut nanti mengidam lagi boleh tengok balik..hihi

TQ.



Thursday, 20 October 2016

Tired

20/10/2016



Some days you wake up and right when you are going to begin your work, you feel a presence within you that stops you from doing so. You sit down, but you sit down quietly this time. Suddenly, that feeling where you once were so passionate and energized to take action just isn’t there anymore. You try to hype yourself up but it’s not working, and everything you do seems to be counterintuitive. You face the truth. You don’t want to work today and you don’t feel motivated to do anything but just escape. Without this motivation, you feel a little hopeless, lost, and stuck....mimpi.





.......  Busy, tired, sleepy, But I am happy, and nothing has stolen my joy. That's all.


x_x.

Saturday, 23 July 2016

Draft....

Sabtuday,

To my Tqa yang still dalam mood pengantin baru..sori saya still hutang kamu entry pasal wedding day beberapa bulan lepas huee. Ingatkan ada cuti satu hari nak blogging..tapi kerja juga sekejap..then landingg..bestnya do nothing. Anyway nanti-nanti saya publish okay. Ada dalam draft tapi blom attch gambar lagi, Happy working okay. Buat Naza, Nini, Ayu and Nisa don't stress-stress..see you all when I see uols haha. I bibir pucat kat bawah. Bukan xnak makeup just tak sempat. Keluar rumah cepat..ada kerja nak kena siap. Kalau lambat aduii hehe tetibe..okk see ya! 





Friday, 17 June 2016

Bait Kata untuk Take 5

Blog, 

Hye, Jumaat! Tengah hari ku titipkan salam. Di meja ini ku menulis kata, mencoret cerita buat blog yang kian sepi. Bukan sengaja tapi dek kerana masa mencemburui, lantas pelan-pelan aku update entry. Pahamilah sepi tidak bermakna pergi. Aku hanya busy lantas dirimu aku hindari. Benci? No, tidak sekali! Menulis dalammu adalah kesukaanku. Lagu dibawah modal aku untuk buat entry. 




Hari nan busy.Ternya lagu adalah penghiburanku. Sekarang aku memilih lagu ini sebagai isi. Bukan apa, melodinyanya tersusun gemalai ditambah pulak suara lunak bagai buluh perindu. Sesuai dibuat halwa telinga disaat kerja ku yang menyinga. Adanya melodi indah, menukar resah menjadi tenang. Setiap bait kata memberi rasa. Bagi yang tengah berduka jauhi lagu sebegini andai tidak dapat menerima realiti. Seandainya kental, lagu ini bukan cabarannya. Bagi diriku, bukan lirik yang dipuja tetapi alunan suara serta melodinya. Hatta, lagu bahasa asing pun terkadang menjadi indah di dengar andai melodinya kena dengan kesukaan hati. Bak kita manusia, jahat atau hodoh sekalipun seseorang itu dimata orang lain, jikalau hati sudah cinta, semuanya berbunga. Tetapi jikalau tidak suka, baik atau lawa pun seseorang itu, semuanya nampak biasa. Itulah dia degilnya sekeping hati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leka. Ikut nafsu habislah kau.. huehuehue (tambah sikit je). Apapun semua ini hanyalah duniawi. Andai apa yang tercoret tidak seperti dipikiran kamu wahai insan yang membaca. Maafkanlah. Aku atau kamu tidak selayaknya menghakimi melainkan Dia yang di atas sana.

Jkalau bos terbaca, Here you go boss --- I'm sorry bos! I wasn't ineffective or snacky. No, I am not riddle fiddle, I'm just feeling neng nong and neng nong and berkecamuk dengan papers. I even dunno how to explain berkecamuk, see. I'm feeling wayar kusut sudah haha...so I recharge my mind with these techniques, my techniques..blogging/thinking/writting . I called this Take 5. I just want to take a few minutes break from my wayar kusut time with some "positive mental attitudes" hehe. So I can go into next work chapter relaxed, renewed and ready to make it my best one yet. kuikui. no more explanation boss now zipzap. Take 5 sudah abis. TQ.

Sekian. (sambung kerjaaa)

Saturday, 14 May 2016

Kl-Penang aku datang

Hi Saturday!!!
Morning!!!
1. Harini saya pegi penang lagi. Pagi-pagi dah pegi airport guna motor and itu pertama kali saya naik motor jalan jauh. Thanks tuan motor 😉. Motor baru.
2. Saya hampir tertinggal flight. Ingatkan boarding pukul 8 lebih pagi rupanya 7 lebih...nasib baik sempat.
3. Orang beratur saya terus jadi yang terawal. So apalagi snap.
4. Now orang busy masuk flight saya sempat tulis entry.
5. Okay wish everything fine. Dah call famili. Everytime pergi jejalan my parents and my sister orang paling first saya bagitau. So anything happen biar mereka tau dari saya sendiri dari orang lain. Hehe okayy adioss.. see ya!
6. Ada pesawat besar singgah sini KLIA jap lagi..bangga kejap. Hueeee morning sunshine..dalam belon berblog. Saya duduk sebelah mamat british. Manis.
Tq.

Updated entry dibawah. Kejap je da sampai penang..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...