Wednesday 29 August 2012

Batu Caves ~

Toing :P!!

Semalam bertanya : Nak panjat Batu Caves tak??
Hari Ini menjawab : Jom..........!

Inilah kali pertama saya panjat tangga Batu Caves. Bila fikirkan balik sebelum memanjat tu, ibarat lirik lagu tak tarcapai akal ku bila mengingatkan tangga batu caves yang tinggi dan curam...~mampukah?? larat ke tak? gerenti panjat separuh je la..bla...bla..pot pet...pet pot..haiss tak habis habis ion -ve kat fikiran.. suhhh..suhhh....Hakikat sebenarnya saya dengan member ~ Azi, Qayyum and Ika berjaya menawan tangga Batu Caves dalam masa 7 minit sahaja..hebat tak hebat :))?? Bagi yang tak pernah ke Batu Caves, memang korang imagine tangga batu caves tu tinggi dan susah nak tawan kan? ala tak mengaku letew kalau cakap tak der..ego kew :)?..Bila dah berjaya panjat..nak naik turun berapa kali pun boley..kesimpulannya (ayat karangan) kami sungguh teruja..anyway trima kasi AziQayyumIka dapat juga saya entry untuk update blog..hueee muahhh kamu~~

Habis je kelas, terus pergi Selayang, then lunch kaw-kaw kat pizza hut dahulu sebelum memanjat. Pastu tanpa tukar baju atau seluar..kami dengan gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati terus shoot pergi ke Batu Caves just tukar kasut dalam kereta sahaja....misi lancar ~ Tak lengkap rasayerr kalau tak letak gambar sekali..so, untuk naikan saham blog, inilah dia pics lawa kami~ enjoy de costa rica ayam mencacos!!


Menu utama sebelum memulakan misi "Panjat Batu Caves"... haiss sedapnyerrrr pizza!!

Inilah dia geng panjat~ Ika berbaju biru ayu bertudung, Azi manis berkaca mata skema, Qayyum..?? errmm nak descripe apa pula dia nih..haha ok ~ Qayyum berbaju kelabu..bila angin dia keluar semua jadi haru biru..ngee maaf zahir batin...\(%)/

We  are FOODIES!!! ~x_x~
*
*
*

 Here we go!!!

Muka sebelum panjat tangga Batu Caves..ala-ala muka kanak-kanak ribena :')= 

Antara monyets yang bertuah kerana dapat masuk dunia blogging huheee :)~ Tapi kenapa pemalu sangat ni monyet...?? Tiada seekor pun nak tunjuk muka kat I..sobsss...sobss...tak nak kawan la :)=!!..(sometimes kawan-kawan aku sendiri pun ada juga perangai monyet tapi agak berotak la sikit heee..:D)

cewah~~pewittt!!! (tak ade idea nak tulis apa ke apa..ntah ape-ape la..ngeee)

gambar dalam Batu Caves..


~0_0~


Cuba baca and teka kami buat apa kat pic atas..orang otak cair pun tak gerenti dapat teka dengan betul. Tapi kalo tekaan korang tepat, memang otak mendidih la jawabnyerr..!! Nak tau apa yang kami buat~ jeng..jeng..jeng..hehe just enjoy gambar yang lain dulu last nanti saya bagi jawapan..kalau tak sabar sangat scroll down je lerr.. :P

kami di dalam gua, dapat minum soya..yeay!! ekauu ada??

pewitttt!! saya manyak suka  sama ini gambar oo.. bashita leyy..

sejuk mata memandang...luas hidung bernafas..tarik nafas dalam-dalam...pluppss bertuah punya taik burung!! #_#
*
*
*
Selepas berjaya memanjat Batu Caves..

Hoorayyyy!!!! muka kanak-kanak ribena dah bertukar menjadi remaja milo hehe

*
*

Jawapan untuk yang kami buat tadi ialah "CAVE".. tapi huruf "E" agak cacat cakar ayam sikit la..:')=
nak tahu jari siapa..emm biarlah rahsia..hueheee

Sunday 26 August 2012

heart melt...


it does not matter how a person may look, because it's not by the cover we judge a book. When we learn to look at the inside more deeply, we begin to comprehend the real meaning of beauty....by genevieve wong-midnight with God


Saturday 18 August 2012

Alkisah Corn Flakes Cookies & Dadih.....

HOLAA!!

Teringat janji ngan member nak buat entry mengenai proses buat cornflakes cookies and dadih untuk berbuka puasa beberapa harri yang lepas...so sini kita mari......*_^


Bahan-bahan untuk Corn Flakes Cookies and Dadih...

 Cornflakes Cookies
Corn flakes, Kacang badam, Honey & Buttercup (mentega pun boley)

Dadih
Satu paket serbuk dadih-apa-apa perasa ikut mana suka (saya jagung)
Satu tin susu cair (400ml)
Jagung Tin
3liter air
Gula 

*
*
*

 
Mula-mula bakar kacang badam pada suhu yang bersesuaian sehingga kekuningan. Kemudian blend kasar.

Masukan Gula sedikit, Buttercup & Honey ke dalam periuk dan meltkan di atas api yang perlahan. Kacau berterusan sehingga sebati menjadi cair kekuningan... Lepas tu, angkat periuk dan tuangkan ke dalam bekas corn flakes dan gaulkan perlahan-lahan (nak gaul cepat-cepat pun boley...!:)..Jangan lupa campurkan dengan kacang badam bakar yg telah diblend kasar tadi. Pastikan semua campuran tersebut disadur sebati.. baru la rasa ummphhh sodap!!! Heehehe senyum :))=

 Setelah semuanya sebati, apa lagi.....tuangkan/masukan ke dalam bekas letak biscuit kaler pink ( tak pasti pula apa nama benda tu..google plz! )~ Lepas tu, bakar dalam oven dengan suhu 120 selama 15-20minute. Rajin-rajin la check oven tu jangan sampai cornflakes jd coklat-itam..ngeee

Inilah dia rupa orang penting belakang periuk Cornflakes Cookies ni.. yang dara namanya Aziah Aziz, nama glamor Azi... yang uda pula namanya Qayyum Putra, nama yang tak seberapa nak glamor Qoy. Kedua-duanya memang ada bakat dapur yang terpendam. Kalau nak ikutkan sukatan bakat yang ada, memang keduanya berbakat tahap pinggan mangkuk yang bertimbun!! ouchh sink~(:xoxo:)


haaaaa masak....!!! sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas tertutup rapat....seriusly rangup and sedap yowww..!

Inilah dia Cornflakes Cookies Azi ngan Qayyum.. Jumlah sebenar ada 3 bekas. Mana hilangnya bekas yang satu lagi??? hohoho misteri terungkai di jamban >.<

*
*
*

DADIH

Bersihkan bekas dadih mini yang baru dibeli -sebanyak 50 bekas kiut miut dengan harga RM6 lebih.

Untuk resepi dadih ni simple mimple je... Untuk satu paket serbuk dadih tersebut -- Sila jerang 3liter air (bersamaan dengan 2 botol air mineral besar) bersama-sama dengan 400ml susu cair dan gula ikut suka tapi jangan terlampau manis. Sekali-sekala kacau sehingga mendidih sedikit dan tutup api. Lepas tu, masukkan serbuk dadih dan gula buah-buahan yang ada disertakan dalam paket. Kacau sehingga sebati dan setelah rata tuangkan ke dalam bekas yang kiut miut tadi. Sambil tuangkan, letakkan juga beberapa biji jagung tin ke dalam bekas dadih tadi untuk tambah rasa asli dadih perasa jagung tersebut. Then, biarkan sejuk kejap dan masukkan ke dalam peti sejuk. Jangan tutup bekas sebelum sejuk...biarkan tanpa penutup sehingga dia betul2 menjadi dadih..kalau degil juga nak tutup, jangan tutup rapat pastikan udara boleh masuk ke dalam bekas dadih...okies~sudah..sudah.. sila tutup mulut..hueeee

Beberapa jam kemudian ~ Inilah dia rupa dadih yang dah siap. Satu paket dadih bersamaan dengan 44 bekas dadih yang kiut miut. slurrrpppppp!!!!

*
*
*

* Selamat Hari Raya Semua !!
( kepada member yang dapat cornflakes cookies & dadih homemade free-you're welcome..:))=



Friday 10 August 2012

Monday 6 August 2012

Exam fever gone!!

Hoorayyy!!! mid-semester exam dah pun berlalu....bila last sem ni, hampir kesemua subject yg diambil ialah subject teori. Saya lemah bahagian teori dan terus terang saya katakan saya memang tidak suka belajar teori (maafkan saya cikgu). >.<..bila nak exam camni la tension nak memahami serta menghafal apa yang lecturer ajar..kalau stadi awal saya cepat lupa..bila stadi last minit tension pula naik kepala tapi berkesan huee^).. Teringat waktu dulu-dulu..bila subject teori je, esok exam, malam tu barulah saya belajar, itupun bukan sepenuhnya belajar saya hafal tanpa memahami...pernah sekali saya menghafal beberapa jam sebelum nak duduk exam teori ni..hurmm...(: Sekarang cara belajar saya taklah seteruk yang dulu sebab semua subject saya teori, so suka tak suka saya kena belajar dari awal..lagipun ini adalah last semester saya..orang lain boleh kenapa tidak saya..betol tak? heee :))..

Okies...(gambar dibawah) inilah dia rupa kawans saya yang stadi bersama-sama setiap malam sampai ke pagi waktu bersahur sepanjang musim exam yang lepas....=(: thanks nad,quym,azi :)= Saya just share gambar kami waktu stadi paper yang paling last je (Risk Management-hanya subject ni sahaja yang ada calculation..itupun just 2 soalan sahaja..) pics hari2 sebelum biarla rahsia..hueee..;p

Muka serius nad ngan qayyum belajar....mana hilangnya "Juwita" a.k.a azi?? Cuba perhatikan gambar kat atas, TV sentiasa terbuka, itu maksudnyerr cara belajar yang smart uiekkk!! ~ Belajar tapi sempat juga "menjeling tengok" sukan Olimpik London..:))=


Ini dia, Nad ~ Dean List student! 
Rahsia belajar si Nad---stadi-makan-stadi--sampaikan biji nasi pun nak kira guna kalkulator..haisss!! :))= siap ada pizza hut lagi tu..untung2~

Ini pula si Qayyum ~ bila dah masuk tengah malam atau awal-awal  pagi camni la gayanya si Qayyum..tak habis habis dengan makan.. tapi result gempak juga baguih2!! ^_*


haaa ini dia "Juwita" yang hilang (Azi) ~ makan icecream pun sampai 2 dia conquer..tapi bila belajar dia betol-betol serius..just tak tunjuk kat you olls jew..:D


 siapakah dia ini?? 
hehehe peng-peng ~ hello semua!!!
Saya pun belajar serius juga tau tapi sekali sekala tengoklah kain pelikat qayyum jadi mangsa bila dah tak tau nak buat apa..(salah satu cara untuk pastikan ilmu yang telah diserap tak keluar balik ngehngeh~)



Sekian and tq :)=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...