Saturday 29 October 2016

Kuih Tepung Pelita

29/10/2016

Teringat time bulan puasa. Kalau pergi bazaar kuih yang wajib dibeli ialah Kuih Tepung Pelita. Orang lain yang puasa, saya yang bersemangat pergi bazaar. Beli macam-macam makanan then makan sekali dengan housemates. Kenangan manis dulu-dulu.

Alkisahnya, bulan puasa yang lepas, sebab mengidam nak makan tepung pelita sangat2. Pergi ke bazaar. Sampai bazaar, orang yang jual kuih cakap tak ada jual kuih tepung pelita. The next day, pergi lagi lain bazaar tanya soalan sama, dapat jawapan yang sama juga. Tak ada jual kuih tepung pelita. So, dek kerana mengidam malam2 pergi beli bahan untuk buat kuih tepung pelita. Daun pandan pun ambek fresh  guna lampu suluh kat rumah mak cik waktu malam haha. Kalah orang mengandung.

Bahan semua ready, so apalagi.. biar gambar berbicara la..hehe tadaaaa!!!

Homemade Kuih Tepung Pelita Tengah Malam. Siap hampir nak dekat 1 pagi.,:)

Bahan2

Lapisan bawah :

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
Sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas :

4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.


Ni rupa selepas ditapis. Pastikan smooothhhhh baru umphhh melting ting tong yummy.


Rupa kuih tepung pelita yang siap just belum disejukan. hehe puas ati tak terasa letih balik keja..

Tak tahu buat. Just tengok cara2 buat kotak dia ni kat youtube kat situ berlambak nak pilih yang mana satu. see first try jadi juga..asal rajin belajar. belajar trus praktikal ni..hehe


Tukang buat kuih yang kaki gambar. hahah who caressss hihi

Bila dah sejuk ahhhh...hilang stress mengidam. akhirnya rase lebih kurang dengan yang dibeli di bazaar dulu-dulu juga cewah hehe. Ermm boleh kawin dah si kawan cakap. Aku jawab "Papepun kawin bukan sesenang ABC haha kita makan dulu besok2 pikir kawen la.." haha

Sekian. Throwback takut nanti mengidam lagi boleh tengok balik..hihi

TQ.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...