Thursday 10 November 2016

Resepi Air Soya Simple

10/11/2016

Ini pun satu lagi Post yang di-throwback dari FB.

Yang sebenarnya saya pengemar taufu fah bukannya air soya. Tapi orang cakap, kalau suka taufu fah kena belajar cara buat soya dulu. Taufu Fah asalnya dari soya. Macam manusia juga, kalau sukakan seseorang itu jangan suka dia sahaja perlu belajar suka budaya, keluarga dan yang sewaktu dengannya..hehe merapu plak daa. Okk resepi seperti di bawah. Itu dulu2 punya ayat. Bila baca balik terasa adoii senyum pulak haha..  ;D

Air Soya Simple Je (¬_¬)ノ

Bahan-bahan :

Kacang soya dengan daun pandan.

Cara2 Membuat :

1. Rendam biji soya selama berjam-jam sampai biji soya itu kembang and lembut sedikit. Saya rendam lebih kurang 8jam.

2. Untuk memastikan air soya nanti berkualiti tinggi paling kurang pun lebih tinggi dari tuan punya badan yang buat soya ni pastikan kulit biji soya itu dibuang semasa proses rendaman. Saya tukar air rendaman biji soya ni lebih kurang 5 kali sambil buang kulit soya yang tertangkal. Ibarat soya lupakan kulit la ni..ಠ_ಠ.

3. Pastu bila semuanya kembang kecuali lubang hidung, sediakan blender khas utk soya kalau xde blender biasa pun okay tapi kena kreatif lebih sikit supaya soya kita halussss macam iklan nescafe..toink(〜^∇^)〜

4. Blendkan soya. Saya buat satu cawan soya bersamaan 3 cawan air. Untuk blender biasa better sediakan kain putih yg bersih macam lampin baby yang tak pernah pakai untuk menapis hasil soya yg kita blend tadi. Saya gunakan blender #cornell 4in1. Beli time zaman ada #friendster blom sign up fesbuk. Apatah lagi insta..resepi soya kelaut tasik selatan plak daa..haha kk sambung..

5. Selepas habis biji soya itu diblend, sediakan periuk yg secukupnya untuk masak soya. Letakkan daun pandan kedalam periuk soya untuk lebih sedap dan mewangi supaya bila minum soya itu malam jadi lebih indah dan siang jadi lebih terang #pinjam lirik lagu akim..(⌒.−)=★

6. Tadaaa haruman soya akan merebak itu tandanya soya masak..pastikan semasa masak, bebuih soya tak mendidih sampai kluar periuk..sederhanakan api dapur gaul2 smpai nampak kepekatan and putih soya.

7. Sediakan air gula dan boleh minum panas atau sejuk. ヽ(´ー`)┌
#soya #soybean #homemade #resepiringkasmelalutyanglebih#ngehngeh#weekend#saturday

























Nanti-nanti belajar buat taufu fah feveret pulak. See ya. TQ.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...