Saturday 24 January 2009

1001 kisah President ke-44 AS [Barrack Obama]

PRESIDENT KE-44 US pada hari SELASA 20/JANUARY/2009!!^_^ tabik spring!..yes sirr!!!!


Obama asal Kenya, dan bernama Barrack Hussein Obama Junior.Beliau dilahirkan di Kenya dan pernah menetap di Indonesia. Bapanya, seorang Islam telah merantau dari Kenya untuk belajar di Amerika dan di situ bertemu jodoh dengan ibunya. Nama Barack yang diberi oleh bapanya merujuk kepada perkataan Arab “barakah” yang membawa maksud berkat. Sehingga hari ini keluarga Obama masih ramai di Kenya dan semuanya beragama Islam. Ibu Obama pernah mengahwini seorang rakyat Indonesia dan mereka menetap di sana selama 4 tahun. Ketika inilah Obama bersekolah di Indonesia dan berpeluang bergaul dengan ramai orang Islam dan mengenal budaya orang Melayu. Ketika bercita-cita menjadi presiden, "Barry" Barack Obama masih berusia 8 tahun dan masih bersekolah di INDONESIA. Pada masa itu, guru Indonesia mengajar karangan, Obama membuat karangan yang bertajuk Cita-Citaku Menjadi Presiden.Akhinya Obama berjaya mencapai impiannya^_^.

Beliau membawa mesej harapan kepada rakyat Amerika dengan tema “Perubahan Yang Kita Boleh Yakini” (Change We Can Believe In), Obama berjaya menyatukan pelbagai kelompok rakyat Amerika terutama golongan muda, kulit putih dan hitam, untuk menyertai arus perubahan yang dipeloporinya. Kekuatan oratorinya dan mesej yang jelas dan mudah menjadikan gelombang perubahan ini menjadi semakin menggunung dan terus popular. Di peringkat awal dahulu, Obama tidak diberi peluang langsung oleh penganalisa politik Amerika malah telah diserang bertubi-tubi oleh media Amerika berhubung latarbelakang Islam keluarganya (walaupun beliau kini seorang Kristian) dan persekolahannya di Indonesia (ditohmah sebagai madrasah yakni sekolah agama Islam). Tetapi kemenangannya di Iowa, kawasan majoriti kulit putih, telah membuka mata banyak pihak bahawa insan bernama Obama ini bukanlah calang-calang calun kulit hitam, dan dengan itu perlu diberi perhatian. Sejak itu, Obama tidak lagi berpaling ke belakang malah sebaliknya memberi cabaran yang sangat sengit kepada Clinton....seribu satu mengenai obama!!!


Ann (Ibu Obama) dan Obama waktu baby..hehehe


Lolo Soetoro, Ann ( Ibu Obama ), Maya (adik tiri) dan Obama kecil.


obama bersama-sama dengan famlinya.......^_^


Gambar yang tidak menyebutkan tempat dan waktu ini memperlihatkan Barack Obama saat berusia 10 tahun dan ayahnya. Sang Ayah meninggalkan keluarganya untuk belajar di Harvard ketika Obama berusia dua tahun.

Obama pernah mengatakan”Saya kangen nasi goreng, bakso, dan rambutan,” semasa dicall oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono

obama bersama teman2 sekolahnya...:)

*Gambar kempen memburukkan Obama dengan membandingkannya dengan Osama **



** CNN: Obama Presiden AS paling popular ****^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...