Monday, 1 December 2008

Cara termudah bangunkan seseorang dari koma.

Mungkin ini cara termudah dan 'termurah' untuk membangunkan seseorang yang sedang dalam keadaan koma. Gigitlah jari kakinya kuat-kuat. Cara inilah yang dilakukan oleh Zhang Kui, seorang lelaki yang berasal dari Shenyang yang sudah putus asa melihat isterinya, Lu Fengshuang, terbaring koma selama 10 tahun.

Zhang mengaku, sebelum itu sudah banyak cara dilakukannya untuk membangunkan isterinya yang menderita cedera kepala akibat kemalangan semasa bekerja. Namun tak satu pun berhasil. “Saya buka radio, menyanyi dan 'bercakap' kepadanya serta mengelitiknya, tapi semua itu tidak berhasil,” kata Zhang kepada Liao Sheng Evening Post.

Seseorang pernah memberitahunya bahawa kaki adalah pangkal kebanyakan saraf. Zhang pun berpikir, jangan-jangan bila kaki isterinya digigit, kemungkinan isterinya boleh terbangun.Lalu ia pun mula menggigit lembut jari kaki isterinya itu secara rutin selama 10 tahun terakhir.

Suatu hari, hasil kerjanya itu telah membuahkan hasil apabila secara tiba-tiba isterinya menggenggam pergelangan tangannya. “Saya terkejut besar, seolah-olah ada mayat yang tiba-tiba mencengkam tangan saya,” katanya.

Perempuan itu kini sudah boleh menggerakkan tangannya dan tersenyum, tetapi belum boleh bersuara. Pasangan itu sudah menikah selama 27 tahun dan kini, Zhang sedang mengharapkan satu keajaiban lain, iaitu mendengar suara dari si isteri tercinta.

Gambar hiasan^_^..

Gambar kaki disebelah ini x ada kena mengena ngan cerita yang saya tulis kat atas tadi. Jari kaki ini ialah kepunyaan mat salleh yang bernama john...

*jari kaki john yang dibite oleh spider after 4 days..kuikuikui..rojak anang ragak*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...