Friday 23 October 2009

BAJET 2010 MALAYSIA


Selesai sudah pembentangan Bajet 2010 oleh PM petang td [23/10/09]. Ini adalah kali pertama saya berminat untuk menonton pembentangan Bajet secara langsung di kaca tv(*_*). Sebelum ini siaran langsung mengenai pembentangan bajet adalah rancangan yg paling membosankan bagi saya. Tetapi sekarang saya rasa saya perlu menonton rancangan tersebut dan saya sendiri sukar nak mempercayai bahawa saya memang menantikan siaran langsung pembentangan bajet 2010 ini di TV3...terutama sekali mengenai bajet yg diperuntukan bg pembangunan di negeri Sarawak serta bajet untuk sistem pendidikan serta kebajikan golongan pelajar..^_*

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, selaku Menteri Kementerian Pengajian Tinggi atas penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa bg pelajar yg berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama bermula tahun depan 2010 atau erti kata lainnya pelepasan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi pelajar-pelajar yang memperolehi Kelas Pertama di Universti-universiti tempatan bermula tahun hadapan...so, secara tidak langsung langkah ini dapat dijadikan sbg pemangkin utk golongan pelajar di institusi pengajian tinggi agar x mensia-siakan pinjaman yg diberi dgn mndapatkn result yg cemerlang serta "keluar" sbg graduan yg "berkualiti"......--> 1Malaysia! <--





Semua susunan bajet 2010 terdapat dalam briefcase "Pak Najib" kat pic atas tu. Sekiranya anda ingin mengetahui secara terperinci , DOWNLOAD je teks ucapan penuh BAJET 2010 MALAYSIA di laman web Kementerian Kewangan Malaysia dlm format PDF..so, jgn mimpi nak copy paste yea..hehe..okies ORAIT!!..^_^


** RAKYAT DIDAHLUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, 1MALAYSIA **

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...